Pages

Monday, January 3, 2011

Balasan Pengundi Perdana Menteri Tenuk

Seekor tenuk betina telah dihadapkan ke Mahkamah Agung Tenuk atas kesalahan berzina.


Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan dahulu wahai Cik Tenuk?

Cik Tenuk: Saya terlanjur sehingga melahirkan seekor anak tenuk yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk malu dan tidak mampu diangkat.

Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Cik Tenuk: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Pendakwa : Panggil kedua-dua orang tua Cik Tenuk ini sekarang juga!

Pendakwa : Wahai Tuan dan Puan Tenuk, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan mencari harta sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah di sekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Cik Tenuk tersebut.

Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Pendakwa).

Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Cik Tenuk ini tentang ilmu agama?( tanya Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Cik Tenuk tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan Agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Pendakwa tersebut).

Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Pendakwa).

Menteri Pendidikan : YAB Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Tenuk ini sekarang juga!! Lemah longlai YAB Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Pembantu Mahkamah. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin Kabinet Kerajaan Tenuk ini!??

Perdana Menteri: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Perdana Menteri: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya kerana mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihan raya. Lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.

Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuan Hakim Tenuk untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuan Hakim, Perdana Menteri ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat tenuk melalui pilihan raya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan Agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Cik Tenuk ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Hakim Tenuk: Keputusannya, barang siapa yang mengundi Perdana Menteri dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihan raya hendaklah dihukum keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Cik Tenuk tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Cik Tenuk melakukan dosa zina.

2 comments:

Si Forever Alone said...

dibantainya...

mula2 tenuk pastu ada semut.

Hamba-Nya said...

Allah, silap2.trimas ingatkan.

Post a Comment