Pages

Wednesday, April 27, 2011

Salamfone

Memperkenalkan:


Satu lagi produk Islam untuk umat Islam telah diperkenalkan!

Muncul di tengah-tengah masyarakat Islam yang semakin hari semakin sedar betapa pentingnya melaksanakan Islam sebagai cara hidup, Salamfone menyediakan perkhidmatan telekomunikasi bagi talian mudah alih yang pertama di dunia berteraskan syariah bagi para pengguna.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  • Talian Hidayah
  • Infaq
  • Pakej Umrah dan Haji
  • Islamic Tunes
  • Bonus Sempena Hari Kebesaran Islam
  • Tazkirah Jumaat Percuma

Setakat ini Salamfone baru bertapak di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Terengganu, dan Kelantan dan akan terus berusaha melebarkan perkhidmatan ke seluruh negara. Selain itu, para pengguna juga usah khuatir dengan masalah jaringan kerana Salamfone menggunakan sistem jaringan Maxis. Tambahan pula, 'top-up' boleh didapatkan dengan mudah di hampir semua kawasan.










Untuk info lanjut: http://www.salamfone.my/

Wednesday, April 20, 2011

Lawanlah Arah Jam!

MEMPERKENALKAN:


Jam Tawaf HPA

Ketamadunan dunia baru dalam penentuan arah jarum jam menampilkan Jam Tawaf dengan kemasan yang lebih Islamik. Jam Tawaf HPA juga satu perubahan sesuai dengan fitrah dan sunnatullah. Ia berputar mengikut arah putaran bumi dan planet angkasa raya. Ini juga tidak terkecuali dari arah putaran tawaf dari kanan ke kiri. Berbahagialah mereka yang melihat putaran Jam Tawaf ini dan mengingatkannya bahawa semua kejadian di langit dan bumi itu adalah dari ALLAH SWT.

Antara motif jam tangan ini

1. Pusingan arah ke kanan (anti-clockwise)
2. Angka-angka ganjil (Allah SWT menyukai yang ganjil)
3. Boleh digunakan semasa mengambil wudhu’
4. Kalis air sedalam 30 meter
5. Enjin pergerakan jam adalah dari pembuat jam jepun yang bereputasi tinggi
6. Warna jarum saat hijau sempena warna rasmi HPA
7. Logo HPA terdapat di muka hadapan dan di belakang jam
8. Mempunyai 2 jenis/saiz jam untuk lelaki dan wanita (saiz lebih kecil)

Jam Tawaf telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan HPA semasa Konvek HPA 2011 di PICC Putrajaya di mana selepas ucapan pelancaran, pihak pengurusan HPA masing-masing menukar jam tangan masing-masing kepada Jam Tawaf HPA. Tonton video pelancaran dan preview jam ini melalui Youtube.com:

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 500
Sabah & Sarawak : RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 450
Sabah & Sarawak : RM

Nilai Mata (NM) : 100

Masa Untuk Kita Kembali Kepada SUNNATULLAH!

Dapatkan segara Jam Tawaf ini di cawangan HPA yang berhampiran anda.

Kenapa ARAH LAWAN JAM lebih baik??

Lawan arah Jam adalah fitrah manusia.Manusia harus melakukan sesuatu melawan arah Jam.
LAWAN arah Jam = (v+)beri tenaga
vs
arah putaran jam = (-ve)menarik tenaga.

Apa sahaja yang bertenaga harus bergerah lawan arah jam.eg:


Tornado
Juga berputar melawan arah Jam , untuk lebih bertenaga.

sistem solar

berputar melawan arah Jam , untuk kekal terapung di orbit masing-masing.

Tawaf Juga berpusing dari kanan ke kiri.Lawan arah Jam.

Maka lakukanlah sesuatu dan mulakan dengan bahagian kanan ke kiri atau 1st. kanan 2nd. kiri. Adab dalam agama kita..


INGIN TAMBAH ILMU LAGI? SILA BACA:

1. MENGAPA TAWAF MELAWAN JAM?

Para Malaikat melakukan Tawaf dilangit mengelilingi sebuah binaan yang dinamakan " Baitul Makmur ". Baitul Makmur itulah tempat para Malaikat di langit bertawaf memuji dan mengesakan Allah. Selain para Malaikat di langit, ada juga para Malaikat yang bertugas di bumi, maka Allah telah memerintahkan para Malaikat di bumi mendirikan sebuah binaan yang sama fungsinya dan sejajar dengan Baitul Makmur di langit sebagai tempat tawaf para Malaikat di bumi. Dan didirikanlah sebuah binaan menurut perhitungan para Malaikat bersententangan dengan Baitul Makmur di langit dan dikatakan itulah kawasan Baitullah di Kota Makkah yang ada pada hari ini.

Apabila Adam a.s dan isterinya Siti Hawa diturunkan ke bumi, beliau telah menjelajah sehingga ke Kota Makkah dan dengan panduan Malaikat Jibril, Nabi Adam dan isterinya diperintahkan membangunkan Baitullah ditempat para Malaikat melakukan tawaf dan mendirikan bangunan (menurut perhitungan malaikat). Maka bertawaflah Nabi Adam di sekitarnya. Apabila diperintahkan Nabi Allah Ibrahim membangunkan semula binaan yang pernah dibangunkan oleh Nabi Adam a.s, maka Ibrahim diperintahkan bertawaf mengelilinginya.

Andaikata Kaabah diumpamakan seperti matahari, maka arus manusia yang mengelilinginya sama seperti planet yang mengelilingi matahari pada tiap-tiap orbitnya. Maka persamaan diantara aliran Tawaf manusia mengelilingi Kaabah dan tawaf (orbit) planet-planet mengelilingi matahari tentunya mempunyai hikmah yang besar. Mereka sama-sama bergerak melawan jarum jam (anti clock wise).

2. HAJI SATU IBADAH YANG UNIK
Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.


Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.
Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.

Ibadah haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim AS dan amalan haji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman (dam) itu pula tidak boleh ditangguhkan selepas habis musim haji.

3. MEKAH PUSAT BUMI DAN IBADAH

MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".

Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.
Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.

Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.
Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.

Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada Kaabah ini.

Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.

Kemudian Nabi Adam bertawaflah di Kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.

Kemudian setelah itu Kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.

Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.

Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.

Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".

Arah kiblat

Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.

Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).

Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.

Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).

Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksudnya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.

Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu solat.

Arah lawan jam

Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar Kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.


Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling Kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

4. TAWAF IS THE LAW OF COSMIC

Dalam ibadah haji atau umrah, satu ibadah yang dinamakan "tawaf" dimana ketika itu umat-umat islam mengelingi Kaabah bermula di Hajaratul Aswad dan mengelilingi kaabah dalam kedudukan putaran lawan arah jam. Namun tahukah anda, sebenarnya tawaf merupakan hukum alam semesta ini ? Oleh itu, marilah kita mengembara dari benda yang sekecil-kecil atom sehinggalah ke sesuatu yg besar di angkasa lepas untuk membuktikan kehebatan tawaf dan hukum putaran lawan arah jam ini.....

Bermula dengan sesuatu yang paling kecil dalam alam semesta ini iaitu Atom...

Pada struktur atom, terdapat satu bahagian yang dinamakan electrons yg merupakan satu-satunya objek yangg bergerak dalam atom, ianya mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dalam kedudukan lawan arah jam. benda yang paling halus sekali pun sudah menunjukkan suatu kehebatan Allah dalam ibadah tawaf ini, jadi kita pergi ke objek yang lebih besar..

dalam sel, terdapat satu bahagian yg bernama cytoplasm yg berfungsi utk menyimpan bahan2 terlarut dalam sel, tapi tahukah anda sebenarnya sel sedang bergerak mengelilingi nukleus dalam putaran lawan arah jam...

kemudian, bumi yang kita duduki ini juga berputar pada paksinya dlm kedudukan lawan arah jam dan beredar mengelingi matahari dlm kedudukan lawan arah jam

bulan juga melakukan benda yg sama, berputar dan mengelingi bumi & matahari dalam lawan arah jam...

bumi, bulan, masing2 berputar dan mengelingi matahari dgn penuh tertib....

5. HUKUM PERGERAKAN KE KANAN

Hukum Pergerakan Ke Kanan

Setiap yang bertenaga akan melakukan pergerakan. Tenaga bergerak mengikut hukum. Hukum asas setiap pegerakan adalah bergerak ke kanan. Semua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil didapati melakukan pergerakan ke kanan. Lakukan apa saja dengan memulakan arah ke kanan. Mulakan sesuatu perbuatan dengan sebelah kanan.

Asas Hukum Tenaga Yang Telah Dipraktikkan Sejak Terciptanya Alam Dan Kelahiran Manusia

Tenaga kimia daripada tumbuhan, manusia dan haiwan melakukan kerja dan gerakan hukum ke kanan. Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.

Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintesis adalah juga menggunakan prinsip hukum ke kanan iaitu dari konsep luaran ke dalam.

Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas. Begitulah semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.

Kekuatan tangan kanan tiada bandingan dengan tangan kiri.
Pergerakan ikut jam sebenarnya pergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh menggagalkan setiap cetusan ilham. Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu.

Secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekalian menusia juga ditulis dari kanan ke kiri.

Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkah kaki kiri.
Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak.

Pergerakan tawaf di Kaabah adalah pergerakan dari kanan ke kiri.
Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri.

Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.

Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.

Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.

Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.

Pergerakan ovom juga bergerak ke kanan.

Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik begerak di dalam wayar atau fiber optik berada dalam kitaran ke kanan.
Pantulan semula gelombang ke kanan menghasilkan warna.

Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot elektron mendapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.

Matahari dan bulan bergerak mengilingi bumi mengarah ke kanan.

Atom yang dianggap sebagai satu sistem suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan elektron beredar atau melakukan pergerakan mengikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke akan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya menggambarkan seluruh tubuh manusia).

Putaran puting beliung dan juga putaran air dan juga amat laju kekanan.
Pergerakan radar dan inframerah dapat mengesan pergerakan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin puting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.

Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.

Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.
Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dari arah kanan.
Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang tidak dikehendaki iaitu pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan.

Imej DNA yang ditunjukkan di dalam warna jelas menunjukkan ia adalah konsep tenaga yang pasti mengikut hukum ke kanan.

Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pegerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan dan balik semula ke kiri.

Pemain cakera padat yang menggunakan konsep cahaya dan warna sehingga terhasilnya bunyi juga bergerak ke kanan.

Konsep Jam Arah Ke Kanan

Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN

walaupun bumi dan bulan mengelingi matahari, namun matahari juga berputar dlm kedudukan lawan arah jam....

sehinggalah kepada kesemua planet2 dlm sistem suria yg mengelingi matahari secara tawaf lawan arah jam....

ketika atom, cell, bumi, bulan, planet dan matahari berputar,, ketika inilah seluruh sistem suria juga bergerak mengelingi pusat sistem suria... disini kita dapat melihat kebesaran Allah menjadikan sesuatu itu dgn penuh teratur,, daripada benda yg plg kecil sehingga yg plg besar, masing2 menunjukkan tanda bagi org yg beriman....

Tawaf ialah hukum alam semesta.... tawaf is a law of cosmic... semoga dgn penerangan ini dpt menambahkan ketakwaan terhadap Allah SWT.

Wallahu'alam.

http://wansalmah.blogspot.com/2010/09/mengapa-tawaf-ke-kanan.html

Saturday, April 2, 2011

Piring Astro Pun Solat

Tahukah anda piring Astro di rumah kita yang kita pasang atas bumbung itu sebenarnya mendongak ke arak kiblat??

Ha, kalau tak percaya cuba bandingkan arah kiblat rumah anda dengan dongakan piring astro anda..

Betul tak?



Jadi tak ada alasan untuk tak solat sebab tak tahu kiblat. Piring Astro bersepah kat negara kita ni. Tengok piring Astro teringat nak solat, tengok Astro...?

Friday, April 1, 2011

Malaysia Diancam Gempa

Berita penuh:

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumber: Kosmo Online

Apa persediaan kita menghadapi gempa?
------------------------------------------------------------------------------------------
Teruskan membaca:
1. Tarikh gempa bumi dan tsunami Jepun berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya"

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 3 2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 1432, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 14 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
Kesan Tsunami Jepun

Thursday, March 24, 2011

SPM Aku...

Semalam result SPM aku keluar, setelah berbulan-bulan menunggu. Sememangnya aku tidak suka menunggu lama-lama, menambah suspens sahaja. Setibanya aku di sekolah, setelah hampir dua jam setengah berada di dalam kereta, aku terus menuju ke dewan sekolah aku itu.

Terkejut aku melihat suasana yang berlaku pada masa itu. Ustaz aku sedang mengumumkan nama-nama calon yang mendapat 'straight A' satu persatu. Pelik! Adakah tahun ni gempak giler keputusan SPM, semua dapat 'straight A ke sampai nak buat acara naik-naik pentas ni? Betul ke ni? Macam-macam andaian yang positif timbul dalam fikiranku.

Mana tidaknya, biasanya masa ambil keputusan mana ada semua ini. Yang ada sebelum-sebelum ini guru disiplin akan tunggu di depan dewan, bersedia nak 'check' kekemasan calon yang datang mengambil result dan jika lulus ujian kekemasan barulah boleh masuk ke dalam dewan di mana kelas masing-masing ada kaunternya sendiri. Selepas itu, barulah ambil keputusan masing-masing, tak kiralah bagus ke kurang bagus ke atau lansung tak bagus ke... Tapi tahun ini pelik sikit.

Adakah doa kami agar semua calon SPM 2010 memperoleh 'straight A' termakbul? Perasaan masa itu terus berdebar-debar tatkala ustaz di atas pentas sedang memanggil seorang demi seorang calon yang dapat 'straight A'. Kebetulan masa itu pula, nama-nama calon yang disebut adalah dari kelas aku. Bertambahlah debaran yang aku rasa.

Tiba-tiba ustaz kata, "sekarang kita beralih pula ke kelas H". Aduh, mana nama aku ni? Jadi aku pun mempositifkan diri. "Mungkin keputusan aku cikgu terlepas pandang kot atau mungkin aku dapat 'result the best' kot, simpan untuk umum last-last', getus hati aku.

Akhirnya, setelah 31 nama calon disebut, ustaz pon kata lebih kurang macam ni, "jadi ustaz harap yang tak dapat 'straight A janganlah sedih, ramai yang dapat 10 A 1 B tapi tak ada rezeki, jadi jangan sedih ya." Lepas itu cikgu seorang lagi buat pengumuman, "siapa yang tak dapat slip lagi bolehlah pergi ke kaunter kelas masing-masing."

Sedih tapi aku reda. Diikutkan hati memang aku, kalau boleh nak jadi antara yang dapat naik pentas tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Jadi aku pun pergilah ambil slip, dan Alhamdulillah tak ada lah teruk mana. Satu subjek sahaja 'kantoi', itu pun B+, sikit lagi!

Terkandung di sebalik keputusan aku 1001 hikmahnya, aku rasa. Mungkin Allah nak mentakdirkan aku buat semakan semula supaya aku akan terus berdoa kepada-Nya terus menerus agar Allah mempermudahkan urusan semakan aku. Sesungguhnya Allah suka akan hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya. Dan mungkin Allah tak nak aku rasa riak, dapat naik pentas dan mendapat pujian lebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tahu isi hati setiap hamba-Nya.

Aku tak kata yang dapat naik pentas itu semuanya ada perasaan riak. Tapi kita tahu perasaan kita masing-masing.

Apa-apa pun Alhamdulillah.

Pagi sebelum aku ambil keputusan aku ada baca ma'thurat dan terbaca satu terjemahan salah satu rangkap dalam ma'thurat itu yang bermaksud:

"Ya Allah, nikmat apa pun yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur."

Maka Alhamdulillah sekali lagi, Allah bagi nikmat pada aku dan kawan-kawan aku, semua mikmat itu adalah daripada-Nya.

Seorang kawan aku, duduk satu baris dalam kelas, dia dapat 11A+. Pelajar terbaik SPM sekolah aku. Umur setahun kurang daripada kami semua tapi keputusan, Masya-Allah.

Bila aku fikir balik, sebenarnya memang patut pun dia dapat keputusan itu. Dia memang layak. Kalau nak dibandingkan dengan aku, keputusan dia lebih 5A+ daripada aku dan sememangnya usaha dia, belajar siang malam, buat latihan, bertanya soalan, baca buku, dan buat nota semuanya 5 kali ganda daripada aku atau mungkin lebih.

Memang patut pun dan itulah adilnya Allah. Jadi salah aku juga. Aku berdoa siang malam kepada Allah agar dikurniakan keputusan 11A+ tetapi kalau tengok usaha aku, memang kurang. Malah keputusan yang aku dapat pun aku rasa aku tak layak dapat tapi Allah bagi juga keputusan baik macam itu. Alhamdulillah

Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rum yang bermaksud: "dan apabila Allah beri rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira, dan apabila mereka ditimpa musibah disebabkan KESALAHAN mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa."

Sungguh cantik maksud ayat ini. Maka janganlah kita berputus asa dengan keputusan yang kita dapat tetapi sebaliknya menjadi motivasi agar kita lebih berusaha di masa hadapan. Banyak lagi ujian yang kita akan hadapi selepas SPM ini, SPM bukanlah penghujung segala-galanya.

Kita lihat sendiri, aku ambil contoh diri aku sendiri, semalam bukan main lagi orang tanya keputusan aku, bila aku jawab mereka pun ucap tahniah semua. Tetapi hari ini, mana ada dah. Hari ini masing-masing mula risau balik, nak mohon biasiswa, nak pilih 'course', nak cari IPT, dan macam-macam lagi. Itu pun walaupun keputusan kita hebat mana sekali pun masih tak menjamin kita akan dapat tawaran yang bagus. Maka oleh itu, kepada Allah jua tempat kembali.

Siapa kata selepas keputusan keluar dah tak perlu doa, tak perlu dah solat hajat?? Bagi aku yang bakal billionnaire ni (insya-Allah), keputusan aku semalam seperti baru berjaya dapat RM10. Ada lagi RM999 999 990 lagi untuk dikumpul.

Jadi yang rasa keputusan dia tak seberapa itu, janganlah sedih. Lihatlah mereka yang dapat keputusan yang lebih cemerlang daripada kita seterusnya kuatkan azam dan lihatlah mereka yang dapat keputusan yang teruk sikit daripada kita seterusnya bersyukurlah.

Monday, March 21, 2011

Revolusi Timur Tengah Berkat Facebook

"FACEBOOK ciptaan Yahudi, BOIKOT! Jangan pakai, HARAM!"

Itulah antara kata-kata kenalan-kenalan aku semasa berita mengenai pencipta FACEBOOK, Mark Zuckerberg seorang Yahudi tersebar dengan meluas satu masa dahulu.

Maka aku pada masa itu yang masih tidak mempunyai akaun FACEBOOK dan masih tidak pernah merasai keseronokan dan nikmat FACEBOOK turut bersikap anti-FB. Kebetulan juga pada masa itu, MILLATFACEBOOK baru dicipta, maka aku pun tidak mahu ketinggalan dalam dunia siber membuka akaun MILLATFACEBOOK, sebuah laman sosial 'parody' FACEBOOK tetapi dicipta oleh sekumpulan pakar IT Pakistan kerana marah dengan "Kempen Melukis Muka Nabi" di FACEBOOK.

Tetapi agak bosan maklumlah tak ramai orang dan seorang budak sekolah aku pun tak ada. Maka kesunyianlah aku dekat MILLATFACEBOOK. Keseorangan..Sepi..Takde orang komen..

Akhirnya, pada satu hari ditakdirkan Allah aku terjumpa satu artikel oleh Ustaz Zaharuddin. Katanya adalah HARUS menggunakannya dengan huraian yang panjang lebar. BACA SINI.

Maka aku pun apa lagi, terus serta-merta membuka akaun FACEBOOK dan sehingga sekarang merupakan pengguna aktif laman ini.

Baru-baru ini aku dengar pula satu ceramah oleh seorang ustaz di kolej aku yang mengatakan sesungguhnya seorang ulama besar hadis dahulu pernah menyimpulkan hadis-hadis yang dia hafal berjumlah 700,000 hadis kepada dua kesimpulan sahaja:

  1. Sesungguhnya Islam datang dengan tujuan MENARIK semua kebaikan kepada manusia.
  2. Dan Islam datang dengan tujuan untuk MENOLAK segala keburukan daripada manusia.
Maksudnya selagi sesuatu perkara di dunia ini, ia memberi kebaikan kepada kita, manusia, maka gunalah ia. Tidak kiralah ia dicipta Yahudi, Kristian, Atheist atau selainnya.

Jadi semakin yakinlah aku dengan hukum menggunakan FACEBOOK ini.

Berbalik kepada tajuk 'post' aku, Revolusi Timur Tengah Berkat FACEBOOK.

Kisah benar di sebalik tajuk 'post' aku nih:


Revolusi Mesir yang berlaku sehingga tergoleknya diktator, Hosni Mubarak berpunca daripada pembunuhan seorang pemuda, Khaled Said. Merupakan seorang penuntut IT di Amerika Syarikat, beliau ditangkap oleh dua orang polis Mesir di sebuah 'cybercafe' di Mesir. Sebabnya adalah Khaled menyimpan satu pita rakaman yang menunjukkan polis sedang 'berurusan' dengan penyeludup dadah.

Takutlah polis Mesir kalau pita ini didedahkan kepda umum, maka beliau pun ditangkap. Khaled yang tidak puas hati dengan tangkapannya cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman dua polis tadi. Setelah itu apa lagi..dibantainya Khaled di situ juga sehingga mati bahkan dah mati pun terus dipukul dalam keadaan tangan beliau digari di belakang. Kepalanya dihentak di merata tempat sambil disaksikan oleh orang ramai. Akhirnya beliau disahkan meninggal di tempat kejadian.

gambarnya sebelum dan selepas dipukul polis

Pihak polis yang menyedari ketelanjuran mereka akhirnya mengeluarkan satu 'statement' penuh dusta. Mereka mendakwa Khaled mati disebabkan menelan ganja berlebihan dan beliau ditahan kerana disyaki memiliki senjata api. Siap dengan pengesahan dari Unit Forensik dan hospital lagi untuk mengesahkan sebab kematian beliau yang didakwa menelan ganja itu.

Biasalah kerajaan..kuasa di tangan mereka, semua boleh dibuat.

Namun berita sebenar tetap tersebar kerana peristiwa tadi turut disaksikan oleh orang awam. Merekalah yang telah menyebarkan berita sebenar dan turut mendedahkan gambar Khaled setelah dibelasah teruk.

Berita ini turut sampai kepada Wael Ghonim, pemuda berumur 30 tahun, anak kelahiran Mesir. Merupakan seorang Eksekutif Pemasaran Google Kawasan Timur Tengah dan tinggal di Dubai. Beliau marah dan geram dengan berita yang didengarnya itu lalu membuka satu akaun FACEBOOK dengan nama profil 'My name is Khaled Said'.


Malangnya akaunnya ditutup oleh FACEBOOK tanpa sebab dan beliau membuka akaun baru dengan nama profil 'We are all Khaled Said'. Akaun ini kekal aktif hinggala kini dan akaun inilah yang telah mengumpul kekuatan pemuda Mesir untuk mengadakan revolusi.

Laman 'We are all Khaled Said' ini memaparkan gambar-gambar tragis Khaled Said dan berjaya mengumpul ratusan ribu ahli. Akhirnya beliau meminta cuti daripada Google untuk pulang ke Mesir atas alasan masalah peribadi.

Detik permulaan rancangan revolusi di Mesir bermula apabila revolusi Tunisia dicetuskan oleh seorang pemuda, Muhammad Bouazizi. Maka Wael Ghonim pun mengajak seluruh rakyat Mesir keluar berdemonstrasi pada 25 Januari 2011 melalui laman FACEBOOKnya. Maka pada tarikh tersebut keluarlah beramai-ramai rakyat Mesir di jalanan mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Muhammad Bouazizi

Pada 27 Januari 2011 pula beliau dilaporkan hilang dan didapati telah ditahan polis Mesir. Namun setelah 11 hari ditahan, beliau dibebaskan atas desakan parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Pada hari yang sama, beliau dipanggil oleh sebuah stesen televisyen, Dream TV dan dalam rancangan televisyen tersebut, beliau memuji para demonstran dan menyebut nama-nama mereka yang gugur syahid dalam demonstrasi yang berlaku sambil menunjukkan gambar-gambar mereka.

Kemudian beliau bangun sambil diekori oleh kamera, beliau mengatakan yang pujian haruslah diberikan kepada para demostran dan menggelarkan rejim Mubarak sebagai sampah. Mengaku taat setia kepada Mesir dan dalam siaran lansung itu beliau berkata yang beliau tidak akan kembali ke Amerika Syarikat, tanah air isterinya tetapi sanggup mati di Mesir mengembalikan hak rakyat Mesir.

Akhirnya, mengambil peluang dirinya bersiaran lansung di depan TV beliau berkata, "saya ingin meminta maaf kepada ibubapa yang telah kehilangan anak dalam protes ini tetapi demi Tuhan, semuanya bukan salah kami tetapi salah mereka yang tidak mahu melepaskan kuasa."


Kemudian beliau kembali menyertai para demonstran di jalanan dan pada 9 Februari beliau berucap di hadapan para demonstran dengan berkata, "ini bukanlah masa untuk individu, parti-parti mahu pun gerakan-gerakan tetapi inilah masanya untuk kita semua berhimpun dalam satu nada dan suara yang sama: demi Mesir segalanya."

Dan pada 12 Februari 2011 Hosni Mubarak meletakkan jawatan bersamaan dengan tarikh syahidnya Imam Hassan Al-Banna, 12 Februari 1949. Adakah ini kebetulan?? Wallahu A'lam


Di Palestin pun sama, demonstrasi yang sedang berlaku sekarang, mendesak pimpinan Fatah dan Hamas bergabung turut digerakkan melalui FACEBOOK.

p/s: Eksekutif Google tu...PROFESIONAL ISLAM. Ni yang kita nak!! Patutlah ada ura-ura FACEBOOK nak tutup, Yahudi takut rupanya..