Pages

Thursday, January 6, 2011

Perjalanan Aku

Biarpun baru berusia 17 tahun, aku tak dapat nak nafikan yang terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup aku. Tambahan pula pengalaman aku tinggal di negara-negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom menambah lagi ilmu di dada aku. Aku sendiri dilahirkan bukan di Malaysia tetapi telah dilahirkan dan dibesarkan selama 2 tahun di Glasgow, Scotland. Masa itu ayah aku sedang menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti di sana.

Kemudian semasa aku lebih kurang 2 tahun setengah aku kembali ke Malaysia. Menghabiskan hampir lima tahun di sini kemudian semasa aku 7 tahun aku mengikut lagi ayahku ke Amerika Syarikat. Beliau ada sedikit tugas di Universiti Harvard. Kami sekeluarga tinggal di sana, di Boston selama 4 bulan. Sempat berdarjah satu di sana dan walaupun hanya 4 bulan banyak yang aku lalui sepanjang di sana.


Setelah 4 bulan aku kembali ke Malaysia dan tak sempat nak duduk sebulan di negara ini aku sekali lagi terpaksa mengikut ayahku ke United Kingdom pula untuk satu tugasan lagi di sebuah universiti di sana. Kami tinggal di Liverpool selama lebih kurang setahun dan aku sempat juga merasai pengalaman bersekolah di sana. Tahun itu aku ingat lagi, kejadian 11 September berlaku dan menggegar seluruh dunia.

Pada 2002 aku pulang ke Malaysia dan menyambung sesi persekolahan aku di darjah tiga sehinggalah darjah enam dan aku mengambil peperiksaan UPSR dan PSRA.

Sebelum sempat aku mengambil keputusan UPSR dan PSRA aku, aku mengikut sekali lagi ayahku ke United Kingdom. Masa itu ayahku belajar di Universiti Cambridge dan Universiti Oxford. Aku sempat tinggal setengah tahun di Arbury, Cambridge dan setengah tahun lagi di Langford Village, Oxford. Aku juga sempat sekali lagi merasai pengalaman bersekolah di sana.


Setelah setahun, aku pulang ke tanah air dan kekal di sini sehinggalah sekarang.

Selain dua negara kuasa dunia itu, aku juga pernah pergi ke Perancis, Belanda, German, Switzerland, dan Itali. Tetapi semua negara ini aku pergi hanya untuk melancong namun banyak pengalaman menarik dan berguna yang aku dapat

Aku cuma berharap aku dapat kongsi dengan semua, sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku di luar negara dalam blog aku ini. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Insya-Allah

0 comments:

Post a Comment