Pages

Saturday, February 26, 2011

Rancangan Yahudi Kantoi Apa Faedahnya?

Pada tahun 1935 berlaku saru 'ijtimak' atau perhimpunan 'ulamak-ulamak' Yahudi dan Nasrani di Baitul Maqdis. Mereka bersatu berkumpul dalam satu niat dan tekad yang sama iaitu mengatur langkah untuk menghancurkan Islam secara bersistem dan tersusun.

Maka setelah itu satu rumusan terpenting telah disepakati iaitu untuk menjatuhkan Islam adalah bukan menarik orang Islam masuk Kristian atau Yahudi tapi adalah untuk menjauhkan mereka dari agama Islam itu sendiri.

Setelah itu barulah rancangan itu diperincikan...

Kumpulan Sasaran: Remaja dan Wanita

Rancangannya: menjauhkan orang Islam daripada 3 benda iaitu..


MASJID


AL-QURAN



SOLAT

Cara nak menjauhkan orang Islam daripada 3 perkara di atas:


PAKAIAN

HIBURAN


HUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN


Jadi rancangan di atas dah beribu kali orang Islam kantoikan tapi ternyata orang Islam tidak lansung ambil endah.

Maka usahlah kita dok salahkan mereka atas kelemahan kita sendiri iaitu GAGAL merancang strategi balas untuk melawan strategi mereka.

Ingatlah kuasa jahat yang diatur dan disusun penuh dengan strategi akan menang ke atas kuasa baik yang tidak diatur dan juga tidak berstrategi.

Thursday, February 24, 2011

Indahnya Akhlak Rasul Kita

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini, "sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."



Ini hadis yang mungkin selalu kita dengar. Rasulullah, insan paling mulia di dunia ini tidak mungkin bercakap seperti manusia biasa yang kebanyakannya cakap tak serupa bikin.

Rasulullah nak diceritakan peribadinya, Masha-Allah, MANTOP! seperti yang diriwayatkan oleh isterinya Saidatina Aisyah yang pernah mengatakan akhlak Rasul kita ini adalah Al-Quran.

Antara akhlak Rasulullah yang tidak mungkin dapat kita tandingi dan tiada tolak bandingnya ialah pertama:

1.Penyayang

Rasulullah seperti yang kita tahu pernah pergi ke Taif untuk berdakwah, bukan memaksa penduduk sana memeluk Islam tetapi hanya menyampaikan sahaja risalah kebenaran Islam. Malangnya risalah yang disampaikan disambut oleh penduduk Taif dengan cacian dan makian. Malah Nabi kita dihina sehina-hinanya apabila penduduk Taif menyuruh anak-anak mereka mengejar Nabi sambil melemparkan batu sehingga badan Nabi diceritakan penuh dengan luka-luka dan darah mengalir di seluruh tubuh suci baginda.

Pernahkah kita mengalami situasi sebegitu??

Setelah saat yang pedih dan menyakitkan itu, Nabi terus bermunajat dan merintih kepada Allah SWT sehingga bergegarnya Arasy di langit. Oleh itu, malaikat Jibril pun turun lalu bertanya kepada Nabi jika baginda mahu, dia boleh menghempap penduduk Taif dengan Bukit Taif disebabkan perbuatan mereka ke atas baginda.

Tapi apa jawapan Rasul kita??

Rasulullah menolak pelawaan Jibril lalu berdoa agar Allah tidak mengazab penduduk Taif kerana sesungguhnya mereka itu jahil dan tidak mengetahui. Malah berdoa agar mereka diberikan zuriat yang akan melafazkan kalimat tauhid dan beriman kepada Allah.

SUBHANALLAH!

Cerita kedua ialah pernah satu ketika ada seorang sahabat melihat Rasulullah mencium cucu baginda, Husin dan Hasan. Sahabat tadi pelik kerana beliau tidak pernah berbuat sebegitu rupa kepada cucu-cucunya.

Lalu Rasul kita pun bersabda:

"من لا يرحم لا يرحم"

maksudnya, "siapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi.


Rasulullah juga diriwayatkan bahawa baginda banyak menangis dalam hidupnya dan separuh daripada jumlah tangisan tersebut adalah kerana mengenangkan umatnya sehingga antara kalimah yang diucapkan di akhir hidup baginda ialah tidak lain dan tidak bukan, امتي,امتي,امتي

UMATKU, UMATKU, UMATKU....

Begitu hebatnya sifat kasih sayang Nabi kepada umatnya tetapi sejauh mana kasih sayang umat kepada Nabi??

2. Sopan Santun

Antara sifat Nabi yang agung antaranya sopan santun. Pernah satu ketika apabila Nabi di hadapan Kaabah bersama sahabatnya Umar, Nabi didatangi oleh seorang Arab Badwi yang marahkan baginda.

Arab Badwi itu mengatakan yang dia tak akan percaya dengan kerasulan baginda. Bukan setakat itu, dia mengeluarkan seekor Dhob atau biawak padang pasir daripada poketnya dan mengatakan yang Dhob itu pun tak akan beriman dengan Rasulullah.

Lalu masa itu Saidina Umar yang duduk berdekatan pun berasa marah lalu mengeluarkan pedangnya untuk memukul lelaki tadi tetapi Rasulullah mencegahnya sebaliknya Rasulullah sedikit pun tidak marah dengan lelaki Badwi tadi malah melayan kerenahnya.

Setelah itu, Rasulullah bertanya kepada Dhob itu adakah benar yang ia tidak akan beriman dengannya. Dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi, Dhob itu berkata dalam bahasa Arab yang fasih. Dhob itu mengaku beriman dengan Allah dan juga mengaku kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Terpegun melihat dhob yang telah berkata-kata itu, Arab Badwi itu lantas terus mengucapkan dua kalimah syahadah dan berkata: "Ya Rasulullah, sebelum ini engkaulah orang yang paling aku benci tapi sekarang engkaulah orang yang paling aku sayangi dan kasihi lebih daripada ibu bapa aku dan diri aku sendiri."

3. Tawadduk

Sifat mulia Nabi yang lain ialah baginda sangat tawadduk. Di rumah, sebagai seorang suami baginda tidak jemu-jemu melakukan kerja rumah yang biasanya dilakukan oleh si isteri. Baginda masak, basuh baju, jahit baju, dan sebagainya sendiri. Tidak pernah membuat isterinya berasa susah atau terbeban dengan kerja-kerja di rumah.

Selain itu, ada satu kisah ketika Rasulullah keluar bermusafir dengan beberapa orang sahabat. Masa itu tiba waktu makan dan seorang sahabat menawarkan dirinya untuk menyembelih haiwan, seorang sahabat lagi menawarkan diri untuk melapah, dan seorang lagi menawarkan diri untuk memasak daging yang disembelih itu.

Tapi apa yang Nabi kita buat??

Nabi kita pula menawarkan diri untuk mencari kayu api, tugasan yang paling sukar dan susah. Walaupun Nabi Pesuruh Allah tapi tidak segan melakukan kerja-kerja yang lebih payah daripada orang lain.


Dan banyak lagi cerita-cerita tentang sifat-sifat Nabi yang mulia yang tak mampu nak diceritakan kesemuanya. Cukuplah setakat yang di atas ini pun kita tak mungkin dapat atasi dan tandingi.

Jadi apa yang termampu itu kita lakukan dan yang tak mampu itu kita cuba untuk laksanakan. Insya-Allah





Wednesday, February 16, 2011

Ada Apa Dengan Tidur

Tahu atau tidak tidur adalah perkara yang paling hebat di dunia.

Tidur mampu mengalahkan siapa sahaja bahkan manusia yang paling hebat di dunia ini sekalipun. Manusia terhebat di dunia ini apabila mengantuk pasti akan tidur. Tak dapat nak lawan!


Tidur juga adalah perkara yang paling ikhlas yang manusia biasa boleh buat. Pernah dengar orang tidur sebab nak menunjuk kat orang? Mana ada, tidur semuanya Lillahi Taala. Bila dah ngantuk sangat, takde dah nak cover-cover takut orang tengok, terus tidur je. Tak kira di mana dan bila.


Tidur juga boleh mengislamkan orang! Ada satu cerita sebenarnya.

Ceritanya begini:

Kisahnya tentang sekumpulan orang di Barat ni yang mempunyai masalah tidur.

Sebenarnya fenomena ini terjadi kepada hampir semua orang di Barat. Di Barat, orang-orang di sana terlalu sibuk mengejar dunia sehingga ada yang sanggup menelan pil tahan ngantuk untuk tidak tidur.

Kadang-kadang akibat asyik mengejar dunia, mereka menjadi tension atau tertekan sehingga tak boleh pulak nak tidur bila nak tidur. Oleh sebab itu kita lihat ramai di antara mereka yang mesti minum arak dahulu sebelum tidur, tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengkhayalkan diri mereka lalu memudahkan mereka untuk tidur.

Jadi kisahnya pasal beberapa orang Barat ni, pada satu hari mereka lalu di sebuah kawasan kejiranan Muslim dan mendapati ada beberapa jemaah tabligh sedang buat satu halaqah ilmu. Mereka tertarik melihatnya kerana ada seorang yang sedang duduk di atas kerusi membacakan kitab manakala para pendengar semuanya bukan mendengar apa yang disampaikan sebaliknya kelihatan sedang nyenyak diulit mimpi yang indah.


Maka orang-orang Barat tadi berasa sangat iri hati dengan cara mereka yang sungguh mudah untuk tidur itu. Lalu kerana menginginkan tidur yang senang didapati itu, mereka lalu memeluk Islam.

Tidur juga adalah hobi kebanyakan manusia di muka bumi ini!

Saturday, February 12, 2011

Rakan-rakanku Atheist

Di United Kingdom dulu, masa aku habis UPSR, aku pernah menghabiskan masa bersekolah di sana selama satu tahun. Masa itu aku Year 7 atau di sini kita panggil Tingkatan Satu. Salah satu subjek yang aku belajar ialah Religious Education atau singkatannya RE.

Pada satu hari cikgu RE aku, seorang profesor yang aku tak ingat namanya, bertanya kepada kami tentang kepercayaan kami kepada Tuhan. Beliau tanya, siapa yang tak percaya Tuhan? Keputusannya, hampir satu kelas angkat tangan kecuali aku!

Aku sebenarnya tak percaya, aku ingatkan kawan-kawan sekelas aku ini Kristian. Jadi kemudian cikgu aku tanya, kenapa tak percaya Tuhan dan selepas itu berlakulah percambahan jawapan, pandangan, dan perbincangan antara kami semua.

Tidak percaya Tuhan atau bahasa susahnya, atheist merupakan satu perkara yang mungkin ganjil dan jarang diperkatakan di negara kita. Namun mutakhir ini, telah muncul golongan-golongan yang mengaku sebagai atheist di negara kita. Hal ini sangat membimbangkan, justeru kita haruslah berhati-hati agar tidak terjebak dalam kancah kehinaan ini.


Fahaman atheist terbahagi kepada beberapa jenis antaranya:

ATHEIST MATERIALISME

Fahaman atheist ini dipercayai sebagai fahaman atheist yang paling tua. Golongan fahaman ini percaya yang Tuhan tiada dengan hujah Tuhan itu tidak boleh dilihat, disentuh, dan dirasa. Mereka mengatakan yang hanya wujud di dunia ini ialah material atau objek yang sifatnya boleh dilihat, dirasa, dan disentuh dan menolak semua perkara yang tidak mempunyai sifat-sifat berikut. Oleh itu, mereka menolak kewujudan Tuhan di dunia ini.

Hujah yang menolak fahaman ini mudah sahaja iaitu, terdapat banyak lagi benda di dunia ini yang tidak dapat kita lihat, sentuh mahu pun rasa namun ramai yang mengakui kewujudannya termasuklah golongan yang di atas. Misalnya benda seperti idea dan buah fikiran yang tidak dapat dilihat, dirasa, dan disentuh, namun diakui kewujudannya oleh manusia. Maka kesimpulannya sesuatu itu tidak semestinya wujud walaupun tidak dapat dirasa, disentuh, dan dilihat.

ATHEIST PSIKOLOGI

Pengasas fahaman ini mengatakan yang Tuhan adalah perkara yang direka manusia semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka. Hujah mereka ialah, seorang manusia ketika dia kanak-kanak, misalnya tidak dapat mencapai sesuatu objek yang tinggi akan memanggil ayah mereka untuk tolong mengambilnya. Justeru masa itu ayahnya akan dianggap sebagai hebat dan memiliki 'power' dan ayahnya itulah 'Tuhan' bagi mereka. Selepas itu, apabila meningkat dewasa, tiada lagi ayah untuk menolong dan oleh itu orang dewasa mencipta Tuhan dengan tujuan sebagai penolong mereka di waktu mereka susah padahal Tuhan itu sebenarnya tidak wujud.

Hujah menolak fahaman ini pula ialah pertama tidak semua kanak-kanak pada masa ini tidak percaya akan Tuhan. Kedua, golongan ini mengatakan yang pada masa kecil, manusia menganggap ayah mereka sebagai Tuhan tetapi bagaimana pula dengan anak yatim dan anak yatim piatu? Maka tersangatlah pelik idea fahaman ini.

ATHEIST MARXISME

Diasaskan oleh Karl Marx, pengasas fahaman Komunis. Dia menggabungkan kedua-dua jenis fahaman atheist dia atas dan mengatakan bahawa percaya adanya Tuhan menyebabkan manusia tidak dapat membina syurga di dunia. Percaya kepada Tuhan menggagalkan manusia mencipta syurga di dunia. Maka dia menolak untuk mempercayai adanya Tuhan dan menyeru agar manusia mencipta syurga di dunia.

Fahaman ini membawa kepada terbinanya fahaman komunis dan akhirnya kita lihat fahaman komunis ini ternyata tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia pada hari ini. Malah Karl Marx juga telah tiada lagi, nyawanya dicabut oleh Tuhan Yang Maha Mematikan.

ATHEIST OPTIMISTISME

Menolak kewujudan Tuhan dengan mengatakan bahawa manusia pada zaman ini boleh hidup sendiri dengan bantuan sains dan teknologi. Dengan sains dan teknologi manusia kini boleh membuat apa sahaja misalnya, meramal bencana, mencipta jantung mekanikal, klon, dan sebagainya. Oleh itu mereka menganggap yang ilmu pengetahuan adalah Tuhan dan buku-buku ilmiah sebagai kitab-kitab suci.

Golongan ini lupa, memang manusia boleh meramal bencana namun adakah manusia boleh menghentikannya? Manusia boleh mencipta jantung mekanikal namun adakah dia sama dan sehebat jantung yang sebenar? Manusia boleh mengklonkan hidupan namun adakah klon itu serupa dengan yang asal? Dan adakah manusia dengan ilmu mampu mencegah diri mereka daripada MATI??

Maka kesimpulannya adalah satu, iaitu Tuhan itu Maha Wujud dan Maha Ada. Manusia tidak boleh menafikan kewujudannya walaupun sekeras mana sekalipun dia menolak kewujudan Tuhan. Renungkanlah kejadian alam ini, bagaimana Tuhan mencipta manusia dengan variasi organ yang bekerja dengan perintah-Nya untuk manusia terus hidup. Bagaimana pula Tuhan mencipta langit yang tiada tiang penyokongnya. Dan betapa hebatnya alam ciptaan-Nya yang tidak mungkin ditandingi oleh mana-mana manusia mahu pun makhluk lain kecuali semuanya adalah ciptaan Yang Maha Pencipta, Tuhan Sekelian Alam. Renung-renungkanlah...

Tuesday, February 8, 2011

Native Deen-Kumpulan Rap dan R&B Muslim


Kumpulan ini berasal daripada Washington D.C., Amerika Syarikat. Ahli kumpulannya terdiri daripada Joshua Salaam, Naeem Muhammad, dan Abdul-Malik Ahmad, tiga orang remaja Muslim yang giat menyampaikan mesej-mesej dakwah melalui lagu-lagu mereka.


Muzik album mereka diterbitkan oleh syarikat 'Mountain of Light' yang diasaskan oleh saudara Yusuf Islam. Selain lagu dakwah yang dikira lain daripada yang lain, klip muzik video mereka juga sangat menarik!

Monday, February 7, 2011

Aku dan Rokok

Baru-baru ini aku telah berkesempatan pergi ke sebuah majlis kenduri kahwin kat sebuah kampung di Kedah. Biasa je, lebih kurang kenduri kahwin kat tempat-tempat lain cuma kali ini aku datang bukan sebagai tetamu tetapi sebagai 'bentara' (sekolah aku guna istilah ini untuk menggantikan istilah helpers). Jadi tugas aku pada hari itu ialah menolong apa-apa yang patut ditolong.

Aku sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi, masa tuh orang-orang kampung duk sibuk memasak juadah untuk jamuan kenduri nanti. Ada yang memotong daging, ada yang menanak nasi, ada yang menghiris sayur-sayuran, ada kumpulan zanji sedang berzanji, dan ada juga yang membuat air.

Sebaik sahaja aku sampai, aku dipelawa untuk bersarapan. Jadi aku pun ambillah sarapan yang disediakan, pulut, kelapa parut, dan ikan masin atau ikan kering.


Inilah dia makanan sarapan yang menjadi kebiasaan orang kampung di Kedah. Boleh tahanlah rasanya. Dah, selesai aku bersarapan, aku duduk lepak-lepak dulu sambil borak-borak ngan seorang ustaz yang baru aku kenal. Apa yang kami borakkan biarlah menjadi rahsia...

Lebih kurang pukul 11.15 pagi, aku pun sedar motif utama aku datang ke kenduri itu jadi aku pun mula mencari kerja untuk ditolong. Alhamdulillah, ada seorang 'brother' ni ajak aku tolong dia angkat bekas-bekas sayur yang siap dipotong ke tempat memasak dan juga mengangkat ulam-ulaman ke atas meja. Jadi aku yang gemar menolong ni pun tolonglah dengan hati yang ikhlas.

Setelah selesai, aku menuju ke kaunter tempat bancuh ayaq (air dalam loghat utara). Ada seorang 'brother' lagi yang sedang sibuk duk buat sirap bandung. Aku pun order satu.. dalam masa yang sangat sekejap, air sirap bandung aku siap. Fuh..sedap.

Tiba-tiba, ha...kisah aku dan rokok pun bermula. Abang buat air tadi dengan murah hatinya 'offer' aku sebatang rokok . "Wei hang hisap rokok dak? Mai ambik sebatang. Kalau nak mintak ja."


Baik sungguh hati abang tuh. Sanggup nak bagi aku sebatang rokok yang aku tahu bukan murah harganya. Aku tanpa berfikir dua kali, apalagi..TOLAKLAH.

Takpe selamat, 'round one' usaha diorang nak dekatkan aku dengan rokok. Lepas tu aku pun pergilah ke tempat basuh pinggan dan Alhamdulillah ada kekosongan di situ. Jadi aku pun tolonglah membasuh pinggan-pinggan yang sudah digunakan. Bukan susah pun basuh pinggan ni, senang je..

Dok leka-leka basuh pinggan, tiba-tiba.. datang seorang pakcik ni. Dia tanya, "rokok dapat dak lagi?". Aku pun jawablah, "tak". Pastu dia PUN MENJERIT, "wei, rokok untuk budak-budak basuh pinggan ni mana? Kesian lepa ni tak dapat rokok!!". Gila betul, takde benda lain ke nak bagi. Jadi datanglah sekotak rokok kat kami, kotak rokok tu pun dibahagi-bahagi antara pencuci-pencuci pinggan yang masa itu seramai 8 orang. Alhamdulillah, syukur masa tu member-member aku ada 4 orang dan semuanya tak hisap rokok. Jadi takdelah tempat basuh pinggan itu penuh dengan kepulan asap rokok sangat.

Jadi itu 'round two'. Pastu selang beberapa ketika, datang lagi seorang pakcik ni, kali ni dia tak bagi sekotak kecil tapi , terus bagi satu kotak besar rokok yang dalamnya ada satu dozen kotak-kotak kecil tuh. Pergh..gila, sekali lagi, takde benda lain ke nak bagi. Kalau tukar rokok dengan duit tu mau banyak aku dapat hari tu.

Aku pun terus tolak dan menolak pelawaan mereka. Masa tuh barulah aku perasan yang orang kampung ni memang kuat merokok. Kalau tak rokok yang biasa tu diorang hisap rokok daun dan sebaliknya.

Aku ni seorang yang 'anti' dengan rokok. Walaupun dari sekolah rendah dulu, aku berkawan dengan member-member yang hisap rokok, naik sekolah menengah pun ramai member yang hisap rokok, sehinggalah sekarang, di kolej, ramai yang hisap rokok, tapi aku bersyukur kerana tak pernah sekali pun aku rasa terdetik di dalam hati nak mencuba.

Aku sebenarnya tak faham apa yang bestnya merokok ni. Dahlah membazir, bayangkan satu kotak harga lebih kurang RM10, katakanlah boleh tahan 2 hari, setiap 2 hari dia habis RM10. Dalam sebulan dia dah habis RM150 untuk rokok. Kalau 10 bulan, RM1500 dan kalau 10 tahun...banyak tuh. Bayangkan kalau duit itu semua disimpan dan dilaburkan untuk benda-benda yang berfaedah, tak ke banyak benda boleh dibuat.

Haish, pastu duk mengeluh tak cukup duitlah, habis duitlah, padahal duk habis duit beli rokok, dia tak sedar. Tahu tak kita duit untung rokok ni disalurkan ke mana... ha, buat-buat tak tahu pulak!

Tulah, aku pernah terdengar beberapa kumpulan orang tua sedang menghasut kawannya yang
baru berhenti merokok, dia kata "hang tengok, orang yang tak merokok tu, ramai yang mati sebelum
kita, jadi nak takut apa?" Kawan...kawan...kawan, faktor utama orang merokok. Kawan ajak sekali,
terus tanpa berfikir panjang kita pun ikut. Habis tu bila dah hisap, mulalah ketagih, kemudian nak
berhenti susah.

Jadi bagi yang tak merokok ni, berhati-hatilah. Ingat, dengan SEKALI sedut sahaja, boleh merosakkan
seluruh kehidupan kita.