Pages

Sunday, January 30, 2011

Darjah Satu di US

Seperti yang aku pernah post sebelum ini, aku pernah ke Amerika Syarikat masa aku kecil-kecil dulu. Takdelah kecil mana, umur masa itu 7 tahun. Maka Alhamdulillah, aku berpeluanglah menghabiskan masa selama 4 bulan di sebuah sekolah rendah di sana. Satu pengalaman yang sukar didapati.


Nama sekolah aku rasanya, yang seingat aku ialah Brown School, terletak berhampiran dengan rumah aku. Nama guru kelas aku pula ialah kalau tak silap aku, Miss Mulholland. Beliau seorang sahaja yang mengajar kami, English, Maths, History, dan ada la satu dua lagi subjek. Senang cerita beliau ajar semua subjek yang ada kecuali subjek Physical Education (PA). PA ada guru lain yang ajar.

Kelas aku masa tu agak besar, lebih kurang besar dua buah kelas di sekolah biasa di Malaysia dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 25 orang. Suasana kelas pula boleh kata berbeza gila dengan kat Malaysia. Suasana di kelas kat sana berwarna-warni, membuatkan para pelajar sentiasa ingin berada di kelas.


Di kelas aku tu ada satu bahagian untuk belajar, satu bahagian untuk story-telling, satu bahagian untuk bermain, satu meja komputer, sebuah bilik kecil simpan jaket dan 'pack-lunch', dan bahagian yang aku pergi setiap pagi, bahagian pengasah pensil elektrik. Seronok! Masuk pensil dalam pengasah tu dan rrrrrrrrrrrrr, siap, pensil tajam gila!


Pembelajaran tak memberatkan. Boleh kata aku kat sekolah tu lebih banyak bermain dari belajar, sesuai dengan jiwa aku yang masih bergelar budak-budak. Tiada kerja rumah lebih dari dua muka surat, tak perlu susah-susah bawa beg buku, tiada buku teks, semua alat tulis disediakan termasuklah pensil warna dan krayon, dan banyak lagi. Dan yang paling best ialah tak ada uniform sekolah. Well, uniform ni ada pro dan kontranya tapi takpelah.

Seterusnya, time waktu rehat pulak, mula sekali aku ingat lagi, kami sekelas akan dibawa oleh guru kelas kami ke tandas. Mula-mula laki akan masuk dulu untuk membuang apa yang patut, kemudian diikuti oleh pelajar perempuan. Tandas campur laki perempuan!..no komen.

Selepas itu, kami diberi sedikit buah dan air dan lepas itu kami akan pergi bermain kat dataran sekolah. Guru kelas kami pula akan memantau sambil minum kopi panas. Best! Habis main pula kami kembali masuk kelas, belajar dan bermain.

Lebih kurang pukul 12, tiba waktu untuk makan tengahari pula, ada yang bawa 'pack-lunch' iaitu makanan dari rumah dan ada juga yang tempah makanan sekolah. Aku? Ha, aku tempah makanan sekolah tapi ambil yang jenis vegetarian. Maka aku tak perlu bimbang pasal daging tak halal ke apa. Makan tengahari juga di dalam kelas.

Pukul tiga tak silap aku, aku pun balik. Lagi satu aku lupa nak cakap, aku pergi sekolah pukul 9 pagi, maklumlah budak-budak kat sana mana bangun Subuh kan. Tapi walaupun pukul 9 pergi sekolah, semua pelajar akan dihantar oleh kedua ibu bapa mereka. Balik pun ibu bapa mereka datang ambil. Sangat prihatin ibu bapa kat sana, walaupun sibuk bekerja tapi ada masa nak diluangkan dengan anak-anak mereka.


Selain itu, antara aktiviti yang aku tak boleh lupa ialah 'story-telling' dan 'mine'. Story telling ni dikendalikan oleh Miss Mulholland. Kami akan duduk di satu sudut di dalam kelas dan beliau akan bercerita. 'Mine' pulak ialah satu aktiviti di mana para pelajar akan bercerita tentang barang yang dimilikinya yang dirasakan menarik. Diadakan pada setiap minggu. Layan gak aktiviti-aktiviti ini.

Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi tentang pengalaman aku bersekolah di US walaupun dalam tempoh yang singkat, hanya 4 bulan tapi OK lah. Yang baik itu kita ambil dan yang tak berapa baik itu kita ambil juga dan dijadikan pedoman. Insya-Allah

1 comments:

aimiiz said...

menarek la care pnp kat sne!!

Post a Comment