Pages

Sunday, January 30, 2011

Darjah Satu di US

Seperti yang aku pernah post sebelum ini, aku pernah ke Amerika Syarikat masa aku kecil-kecil dulu. Takdelah kecil mana, umur masa itu 7 tahun. Maka Alhamdulillah, aku berpeluanglah menghabiskan masa selama 4 bulan di sebuah sekolah rendah di sana. Satu pengalaman yang sukar didapati.


Nama sekolah aku rasanya, yang seingat aku ialah Brown School, terletak berhampiran dengan rumah aku. Nama guru kelas aku pula ialah kalau tak silap aku, Miss Mulholland. Beliau seorang sahaja yang mengajar kami, English, Maths, History, dan ada la satu dua lagi subjek. Senang cerita beliau ajar semua subjek yang ada kecuali subjek Physical Education (PA). PA ada guru lain yang ajar.

Kelas aku masa tu agak besar, lebih kurang besar dua buah kelas di sekolah biasa di Malaysia dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 25 orang. Suasana kelas pula boleh kata berbeza gila dengan kat Malaysia. Suasana di kelas kat sana berwarna-warni, membuatkan para pelajar sentiasa ingin berada di kelas.


Di kelas aku tu ada satu bahagian untuk belajar, satu bahagian untuk story-telling, satu bahagian untuk bermain, satu meja komputer, sebuah bilik kecil simpan jaket dan 'pack-lunch', dan bahagian yang aku pergi setiap pagi, bahagian pengasah pensil elektrik. Seronok! Masuk pensil dalam pengasah tu dan rrrrrrrrrrrrr, siap, pensil tajam gila!


Pembelajaran tak memberatkan. Boleh kata aku kat sekolah tu lebih banyak bermain dari belajar, sesuai dengan jiwa aku yang masih bergelar budak-budak. Tiada kerja rumah lebih dari dua muka surat, tak perlu susah-susah bawa beg buku, tiada buku teks, semua alat tulis disediakan termasuklah pensil warna dan krayon, dan banyak lagi. Dan yang paling best ialah tak ada uniform sekolah. Well, uniform ni ada pro dan kontranya tapi takpelah.

Seterusnya, time waktu rehat pulak, mula sekali aku ingat lagi, kami sekelas akan dibawa oleh guru kelas kami ke tandas. Mula-mula laki akan masuk dulu untuk membuang apa yang patut, kemudian diikuti oleh pelajar perempuan. Tandas campur laki perempuan!..no komen.

Selepas itu, kami diberi sedikit buah dan air dan lepas itu kami akan pergi bermain kat dataran sekolah. Guru kelas kami pula akan memantau sambil minum kopi panas. Best! Habis main pula kami kembali masuk kelas, belajar dan bermain.

Lebih kurang pukul 12, tiba waktu untuk makan tengahari pula, ada yang bawa 'pack-lunch' iaitu makanan dari rumah dan ada juga yang tempah makanan sekolah. Aku? Ha, aku tempah makanan sekolah tapi ambil yang jenis vegetarian. Maka aku tak perlu bimbang pasal daging tak halal ke apa. Makan tengahari juga di dalam kelas.

Pukul tiga tak silap aku, aku pun balik. Lagi satu aku lupa nak cakap, aku pergi sekolah pukul 9 pagi, maklumlah budak-budak kat sana mana bangun Subuh kan. Tapi walaupun pukul 9 pergi sekolah, semua pelajar akan dihantar oleh kedua ibu bapa mereka. Balik pun ibu bapa mereka datang ambil. Sangat prihatin ibu bapa kat sana, walaupun sibuk bekerja tapi ada masa nak diluangkan dengan anak-anak mereka.


Selain itu, antara aktiviti yang aku tak boleh lupa ialah 'story-telling' dan 'mine'. Story telling ni dikendalikan oleh Miss Mulholland. Kami akan duduk di satu sudut di dalam kelas dan beliau akan bercerita. 'Mine' pulak ialah satu aktiviti di mana para pelajar akan bercerita tentang barang yang dimilikinya yang dirasakan menarik. Diadakan pada setiap minggu. Layan gak aktiviti-aktiviti ini.

Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi tentang pengalaman aku bersekolah di US walaupun dalam tempoh yang singkat, hanya 4 bulan tapi OK lah. Yang baik itu kita ambil dan yang tak berapa baik itu kita ambil juga dan dijadikan pedoman. Insya-Allah

Friday, January 28, 2011

Kurang Ajar Metro!

Berderau darah aku semalam tatkala aku buka surat khabar Metro yang aku jumpa kat kantin kolej aku untuk dibaca. Tiba-tiba kat satu sudut kat bahagian bawah surat khabar ni aku ternampak kartun ni:-


Semua ini gara-gara kenyataan BIADAP Chua Soi Lek yang mengkeji calon PAS Tenang, Cikgu Mala yang bersalam-salaman dengan orang ramai dengan memakai sarung tangan.

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” Chua dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.


Bukan sahaja itu, malah apabila digesa meminta maaf ini apa yang dia kata:

"What's so great about knowing Muslim values? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people.."

"That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands."

KURANG AJAR!

Ni lah dia pemimpin no. 1 MCA, parti komponen Barisan Nasional. Dengan lantang dan terbuka menghina Islam, sekaligus menyentuh perkara sensitif umat Islam yang aku rasa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

UMNO dok kata DAP ni mainkan Islam, nak musnahkan Islam, padahal DAP ni tak pernah pon keluarkan kenyataan yang mempertikaikan Islam. Kalau ada pon, diorang dah mintak maaf. Bukan macam si Chua Soi Lek ni.

Karpal Singh yang dulu dok bantah Negara Islam pon baru-baru ni kata yang DAP dalam Pakatan Rakyat akan bersama-sama mmpertahankan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Jadi siapa sebenarnya yang permainkan Islam, MCA atau DAP?

Lagi satu yang aku bengangnya, takde apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap Chua Soi Lek ni. Akhbar-akhbar tak ade pon yang buat protes tapi siap sokong lagi kenyataan Chua macam Harian Metro ni. Ish..ish..ish

Akhir zaman...orang nak menjaga syariat diperlekehkan. Nak tunggu Chua Soi Lek dikenakan tindakan tak tahulah bila tapi yang pasti SELURUH UMAT ISLAM di Malaysia khususnya perlu bangkit melawan kemungkaran ini. Jangan biarkan agama Islam yang mulia ini dihina begitu sahaja.

Kepada pemimpin UMNO, kata memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Haish..SUDAHLAH!

Jadi tinggal satu cara je nak halang perkara macam ni daripada berlaku lagi..JOM TOLAK BN!!

Sesungguhnya, aku seorang yang mumaiz, mampu membezakan perkara yang benar dan salah. Jika Pakatan Rakyat itu salah nescaya aku akan menolak mereka.

Tuesday, January 18, 2011

Hati-hati Bila Betahmid

Bagi siapa yang tidak tahu, tahmid ialah ucapan Alhamdulillah. Maksudnya ialah 'segala pujian bagi Allah.'


Sebagai ingatan, masa kita bertahmid 33 kali masa wirid, pastikan sebutan kita pada setiap kalimah Alhamdulillah tu betul. 'lah', Alhamdulil'lah' tu biar bunyi.

Ramai yang terlepas pandang. Dok zikir Alhamdulilla Alhamdulilla Alhamdulilla, tak bunyi huruf 'ha' di belakangnya. Takut tersilap pulak maksudnya dan sia-sialah zikir kita itu.

Semoga kita saling ingat-mengingati. Wallahu A'lam

Saturday, January 15, 2011

Rumahku di AS

Tiba-tiba hari ni aku teringat rumah aku di Boston, Amerika Syarikat (AS) dulu semasa aku tinggal di sana 10 tahun yang lalu. Siapa yang nak baca, bacalah. Tak nak sudah!

Rumah aku di AS ni taklah besar mana, hanya ada tiga bilik dan sebuah ruang tamu yang bercantum dengan dapur lebih kurang macam gambar kat bawah nilah:-

.

Pastu ada tiga buah bilik, satu bilik aku, satu bilik untuk adik-adik pompuan aku dan satu bilik untuk kedua ibu bapa aku. Cukup simple dan yang penting selesa. Ditambah lagi kat belakang rumah ada sebuah bilik laundry yang menempatkan sebuah mesin basuh yang boleh membasuh dan mengeringkan pakaian.

Lagi satu rumah aku kat sana ni pelik sikit, biasa orang tangga kat luar rumah untuk naik atas tapi tangga kat rumah aku untuk turun ke bawah. Kiranya rumah aku ni boleh kata macam basement yang biasanye kat bawah rumah orang kat sana. Lebih kurang cam gambar kat bawah nilah.


Pastu kat luar ada kawasan lapang sikit tempat aku dan adik-adik aku main 'snowball fight' masa first time kami merasai salji turun. Sejuk gilo, biru tangan aku walaupun masa main tu pakai glove. Tapi apa pun best! Ada gak cuba buat 'snowman' tapi salji tak cukup tebal masa tuh. Ada gak cuba ambik sikit ais nak buat ABC tapi rasa waswas akan kesuciannya maka tak jadilah..


Kemudian dekat dengan rumah aku juga terdapat stesen keretapi underground yang merupakan nadi kehidupan kami kat sana. Kami masa tuh tak pakai kereta sebab satu, ayah aku tak biasa stereng belah kiri dan sebab kedua kami hanya duduk situ untuk 4 bulan, jadi tak perlu kot. Tapi apa pun subway tuh dah cukup bagus, menghubungkan seluruh kawasan AS. Selain itu keretapinye 'sharp on time' dan sangat selesa.

Kami pergi Washington untuk beraya Aidilfitri pun naik keretapi. Perjalanan dari Boston ke Washington lebih kurang sehari tapi Alhamdulillah sampai juga.

Berbalik kepada rumah aku, rumah aku terletak dekat dengan sekolah aku masa tu dan nak pergi sekolah, aku akan melalui satu jalan yang sangat cantik masa musim luruh. Jalan tu diapit dengan pokok-pokok yang warna daunnya berbagai warna lebih kurang macam gambar kat bawah ni:


Selain itu aku juga akan lalu rumah-rumah orang dalam perjalanan ke sekolah aku. Yang bestnye lalu rumah-rumah orang ni sebab kalau ada apa-apa perayaan seperti Halloween atau Christmas pasti diorang akan hias rumah diorang secantik-cantiknya. Sungguh menarik!


Dan lagi satu, masjid lansung takdak sebab kawasan aku tu rasanya famili kami je yang beragama Islam. Jadi nak solat Jumaat terpaksalah aku dan ayah aku merantau jauh sikit ke masjid yang terletak di pusat bandar Boston, hampir satu jam dari rumah aku.

Jadi tu jelah yang aku rase nak cerita sebab aku pon tak ingat sangat, maklumlah kecik lagi masa tu. Rase nak cerita pasal sekolah kat sana tapi nantilah...Insya-Allah

Kisah Debat Si Alim dengan Si Pemuda tentang Al-Quran

"Betul ke dalam Al-Quran ade semua ilmu dalam dunia nih?" tanya seorang pemuda kepada seorang alim.

"Kenapa, tak percaya ke? Al-Quran mengandungi segala macam ilmu tidak kira ilmu ukhrawi dan duniawi," jawab si alim tadi.

"Saya tak percaya, kalau betul macam tu aku nak kau cari jawapan kepada soalan aku dalam Al-Quran. Berapa gramkah minyak kelapa yang boleh kita dapati daripada sebiji buah kelapa? Aku nak kau tunjukkan aku jawapannya dalam Al-Quran, surah apa dan ayat ke berapa."

"OK, senang je" jawab si alim itu dengan selambanye.

Pemuda tadi tak percaya dengan jawapan si alim tadi. "kalau macam tu tunjuk kat aku jawapannya." kata si pemuda tadi.

Jadi si alim tadi pun mengajak si pemuda tadi ke sebuah kilang proses minyak kelapa. Sampai di situ si alim berjumpa dengan salah seorang pekerja di situ dan tanya dia soalan yang diajukan oleh pemuda tadi kepadanya.

"Sebiji kelapa kita boleh dapat lebih kurang 500 gram minyak kelapa" jawab pekerja itu.

"Ha,tulah jawapannya" kata si alim kepada si pemuda tadi.

"Mana boleh, mana bukti surah dan ayatnya dalam Al-Quran?" pemuda tadi tak puas hati.

"Ada-ada. Surah An-Nahl, ayat 43 yang bermaksud: ...jika kamu tidak mengetahui maka tanyalah kepada yang lebih mengetahui. Ha, kan ada jawapannya!" jawab si alim tadi.

Si alim tadi menyambung lagi, "Al-Quran ni bukannya macam buku rujukan matematik, sains, bahasa, dan lain-lain tetapi Al-Quran merupakan sebuah buku yang mengandungi perkara-perkara yang menjadi asas kepada semua jenis ilmu di dunia ini. Maka benarlah Al-Quran memang mengandungi semua jenis ilmu di dalamnya. Betulkah begitu wahai si pemuda?"

"Betul, betul, betul." jawab pemuda tadi.

Friday, January 14, 2011

Kenapa Zionis Berani Kacau Islam

Seorang hamba Allah pernah bertanya kepada seorang tokoh Zionis yang namanya aku tak berapa ingat.

Hamba Allah itu tanya, Zionis tak takut ke kacau orang Islam, orang Islam ada Al-Quran?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, orang Islam bukan baca pun Al-Quran.

Hamba Allah itu tanya lagi, kalau mereka baca?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, diorang bukan faham pun.

Hamba Allah itu tanya lagi, kalau diorang faham?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, diorang tak amalkan apa yang diorang faham. Jadi nak takut apa?


Jadi janganlah kita dok salahkan Yahudi Zionis ni sebab selalu kacau orang Islam. Tengoklah diri kita dulu, adakah kita telah mengamalkan apa yang patut diamalkan oleh seorang Islam?

Thursday, January 13, 2011

Kisah Musang GT

Alkisah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh dari kecil sehinggalah mencapai akil baligh. Sampainya usia matang anak itu, si ayah merasakan yang telah tiba masanya untuk anaknya itu merantau mencari pengalaman dan satu prinsip untuk dijadikan pegangan hidup. Maka disuruhlah si ayah akan anaknya supaya pergi merantau ke bandar untuk mencari pengalaman dan prinsip hidupnya untuk dijadikan bekalan kehidupan kelak.

Maka berangkatlah si anak dengan membawa sebungkus kain berisi keperluan harian dan berjalanlah si anak itu menuju ke bandar. Sebelum tiba di bandar terlebih dahulu si anak ini terpaksa meredah kawasan hutan maka diredahlah hutan itu. Tiba-tiba si anak terjumpa seekor MUSANG GT (Gemuk dan Tua) sedang tidur di bawah sepohon pokok.

Si anak tadi merasa pelik, bagaimana si musang tua dan lemah ini mampu mencari makanan sehingga dia menjadi gemuk. Kalau nak diikutkan logik memang mustahil untuk si musang yang tua ini untuk bergerak dan mencari makanan apatah lagi nak jadi gemuk macam tu. Maka disebabkan rasa ingin tahu yang membara di dalam hati si anak itu pun memanjat sebatang pokok untuk men'spy' cara musang itu mendapatkan makanan.

Selepas beberapa ketika dengan tidak semena-mena jatuh seketul daging di hadapan musang tadi. Musang tadi pun dengan badan yang lemah longlai bangun dan makan daging itu sehingga habis licin semuanya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya si anak pun tunggu untuk hari kedua, ketiga, dan keempat. Setiap hari perkara yang serupa akan berlaku.

Si anak tadi bertambah pelik, dari mana pula daging tuh datang, patutlah musang tuh gemuk, daging jatuh dari langit ke? Pelbagai persoalan tidak masuk akal mengisi benak fikiran si anak tadi. Maka disebabkan rasa tidak puas hati, si anak tadi membuat keputusan untuk menyiasat dari mana sebenarnya daging tu datang.

Setelah disiasat maka tahulah si anak tadi bahawa ada seekor harimau yang selalu makan hasil buruannya berdekatan dengan pohon musang tadi. Disebabkan si harimau terlalu lahap dan rakus memakan makanannya, maka akan adalah beberapa ketulan daging yang berterbangan dan sampai kepada musang tadi. Maka terjawablah persoalan si anak tadi tentang misteri daging terbang itu. Selain itu si anak juga berjaya mendapat satu prinsip hidup berdasarkan apa yang dilihatnya tentang musang itu.

Setelah mendapat satu prinsip hidup yang akan dijadikan pegangan hidupnya itu maka pulanglah si anak ke rumah tanpa meneruskan perjalanan ke bandar. Si anak merasakan dia dah dapat apa yang ayahnya suruh cari.

Sampai di rumah, dia bergegas berjumpa dengan ayahnya untuk memberitahu tentang prinsip hidupnya yang baru dijumpai itu. Dia pun bercerita tentang pertemuannya dengan si musang gemuk dan tua itu dan menyatakan bahawa prinsip hidupnya ialah sentiasa bertawakal kepada Allah seperti yang dilakukan oleh musang tadi yang hanya bertawakal dan berserah kepada takdir untuk mendapatkan makanan.

Si anak merasakan dia telah memuaskan hati ayahnya tetapi ayahnya berkata,"ayah tak nak kamu menjadi seperti musang itu tetapi sebaliknya jadilah seperti si harimau kerana sesungguhnya si harimau itu telah memberi manfaat kepada si musang. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. " Maka terdiamlah si anak menyetujui apa yang diutarakan oleh ayahnya.

Tuesday, January 11, 2011

Bendera Kelantan

Bendera Lama (1912-1932)


Bendera Sekarang

*Teringin sangat nak pergi Kelantan dan jumpa Tok Guru!

Saturday, January 8, 2011

Teka-Teki Peti Sejuk


Bagaimana untuk masukkan gajah ke dalam peti sejuk?

Jawapan biasa: Gajah tu besar, tak muatlah letak dalam peti sejuk.

Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, ambil gajah, masukkan gajah dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. (tak cakap pun peti sejuk tu kecik)


Bagaimana hendak masukkan kuda pula dalam peti sejuk?

Jawapan biasa: Buka pintu peti sejuk, ambil kuda, masukkan kuda dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk.(tiru jawapan atas pulak!)

Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, keluarkan gajah yang sudah beku (gajah dok ade lagi, mane muat), letak di atas lantai, pastikan peti sejuk benar-benar kosong, ambil kuda,masukkan kuda dan tutup pintu peti sejuk.


Bagaimana nak letakkan peti sejuk ke atas lori?

Jawapan: Tutup suis peti sejuk, cabut wayar plug, gulung wayar dan ikat, buka pintu peti sejuk, keluarkan kuda yang sudah beku, tutup pintu peti sejuk, tinggalkan sekejap. Buka dinding belakang (koc muatan) lori, biar sekejap. Angkat peti sejuk, letak atas (koc) lori, tutup pintu (koc) lori. (kali ni dah pandai dah!)

Friday, January 7, 2011

Macam Mana Aku Jumpa Harry Potter

Masa itu aku baru lepas UPSR dan PSRA, aku ikut ayak aku ke UK sebab dia nak sambung belajar.

Lebih kurang tiga minggu setelah aku sampai di Cambridge, UK. Kami sekeluarga berjaya mendapatkan sebuah rumah yang sesuai untuk kami. Di UK, bukan senang nak cari rumah bagi yang berahli keluarga ramai.

Kami masa tu ada 7 orang. Jadi terpaksalah mencari rumah yang ada tiga bilik sebab memang undang-undang kat sana macam tu. Menjamin keselesaan keluarga.

Alhamdulillah, rumah itu agak besar dengan halaman luar yang luas di belakang rumah. Biasalah rumah kat sana, semuanya ada laman. Rumah besar, halaman besar, sewa pun besar. Besar giler! Bayangkan £850 (lapan ratus lima puluh POUND) sebulan, darabkan 7 dapatlah nilai duit Malaysia. Lebih kurang RM 5950 duit Malaysia, fuh giler! Tu baru untuk sebulan tapi nak buat macam mana, terpaksalah.

Jadi takpe, rumah pun selesa dan agak best rumah kami masa tuh sebab dekat dengan kedai-kedai jadi senanglah nak mendapatkan keperluan asas. Dan dekat dengan kedai-kedai itu pulak ada sebuah perpustakaan. Hanya lima blok daripada rumah.

ni gambar betul perpustakaan tu. Arbury Library

Kecik je perpustakaan tuh tapi jadilah. Kat UK hampir setiap kawasan perumahan ada perpustakaan. Menggalakkan rakyatnya membaca. Baguslah.

Nak jadi ahli perpustakaan dan nak pinjam buku senang je. Hanya bayar yuran pendaftaran sebanyak £2 bersamaan dengan RM14 seorang dan kita boleh meminjam 14 buku dalam jangka masa 2 minggu. Selain buku ada juga CD, DVD untuk dipinjam dan perpustakaan tu juga bertindak sebagai CC, ada komputer yang khas untuk urusan-urusan berfaedah sahaja! Tambahan pula kita akan diberi sebuah beg percuma untuk menyimpan buku yang kita pinjam. Berbaloi-baloi! Macam tulah usaha kerajaan UK ni nak jadikan rakyat dia ulat buku.

Di sinilah aku berjumpa dengan tidak lain dan tidak bukan, Harry Potter. Bertuahnya aku!

Aku ingat lagi hari itu. Masa tuh dah tiga minggu kami menetap kat sana dan kali pertama aku dan adik-adik aku pergi nak pinjam buku. Masa tuh dok pilih 14 buku nak pinjam dan masa tulah aku terjumpa Harry Potter.

Sebenarnya aku ni jarang baca novel apatah lagi novel Inggeris yang tebal-tebal. Kat Malaysia adalah baca novel pasal penyiasatan sikit. Tu je yang aku suka di samping kisah-kisah nabi.

Tapi semuanya sebab mak aku, dia yang cadangkan aku cuba baca novel Harry Potter. Aku masa tuh lansung tak minat, kenal Harry Potter pun tak. Entah siapa dia ni, apasallah ramai giler suka. Jadi aku pun ikutlah saranan mak aku, aku ambil siri pertama, Harry Potter and the Philosopher's Stone. Lepas tuh terus gi cari lagi 13 buku nak pinjam.


Pulang je kat rumah aku terus membelek buku-buku yang aku pinjam. Belek sekali lalu jelah dulu, esok-esok baru start baca. Buku last sekali yang aku belek buku Harry Potter tuh. Aku tengok dalam dia lansung takde gambar, bosan! Walaupun begitu aku cuba baca sikit intro. Eh, macam best pulak, bacalah satu muka surat....eh, seronoknya, bacalah 2, 3, 4 dan last sekali aku habis chapter pertama.

Seronok gak rupanya buku nih. Malam tu je aku habis baca lima chapter dan rasa tak sabar pulak nak habiskan semuanya. Dalam masa tiga hari aku habis, dan kemudian setelah habis buku-buku lain aku baca, seminggu lepas tuh aku pergi lagi perpustakaan dan pinjam Harry Potter and the Chamber of Secret dan the Prisoner of Azkaban. Sejak hari itulah aku menjadi peminat fanatik Harry Potter.

*Pengembaraan hidupku tidak mengikut urutan dari aku kecil ke besar. Aku hanya menulis secara rawak berdasarkan apa yang aku nak cerita.

Syurga Macam Mana?

Pernah tak kita terfikir rupa dan keadaan kat syurga nanti?

Mungkin ada di antara kita yang terfikirkan syurga sebagai sebuah taman yang indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan dan tumbuhan hijau.


Syurga juga kita bayangkan penuh dengan makanan yang sedap-sedap.


Syurga dipenuhi dengan perempuan-perempuan cantik bermata bulat.



Rumah kita di syurga diperbuat daripada emas dan mewah serta besar.


Di syurga juga kita akan sentiasa gembira.


Dan bermacam-macam lagi perkara yang best yang kita bayangkan di syurga nanti..


Tetapi tahukah kita sejauh mana pun kita fikir, betapa hebatnya imaginasi kita, hebat mana angan-angan kita, kita masih TAKKAN dapat mampu nak membayangkan kehebatan suasana kat syurga nanti.

Tidak kira jika apa yang kita bayang itu mustahil sekali pun, suasana di syurga adalah lebih hebat daripada itu.

Kerana sesungguhnya syurga adalah sesuatu yang tidak dapat kita bayangkan dan terlebih kali ganda hebatnya daripada perkara paling hebat kita pernah bayangkan.

Jadi, nak masuk syurga tak??

Wallahu a'lam

Thursday, January 6, 2011

Karangan Terbaik UPSR

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat

suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu

dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu

saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan

sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi

saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah

saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer

kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak

sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari

arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia

menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori

tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak

saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula

terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda

kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori

itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah

feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu

feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire

pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori

itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak

saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting

Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri

yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri

semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori

sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia

menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia

menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan

kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik

ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg

tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang

putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun

sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri

itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang

telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia

menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan

semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih

ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu

kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran

yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya

terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di

rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah

saya lihat sebelum saya mati.

Hahaha:D

http://lawakjenaka.com

Perjalanan Aku

Biarpun baru berusia 17 tahun, aku tak dapat nak nafikan yang terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup aku. Tambahan pula pengalaman aku tinggal di negara-negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom menambah lagi ilmu di dada aku. Aku sendiri dilahirkan bukan di Malaysia tetapi telah dilahirkan dan dibesarkan selama 2 tahun di Glasgow, Scotland. Masa itu ayah aku sedang menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti di sana.

Kemudian semasa aku lebih kurang 2 tahun setengah aku kembali ke Malaysia. Menghabiskan hampir lima tahun di sini kemudian semasa aku 7 tahun aku mengikut lagi ayahku ke Amerika Syarikat. Beliau ada sedikit tugas di Universiti Harvard. Kami sekeluarga tinggal di sana, di Boston selama 4 bulan. Sempat berdarjah satu di sana dan walaupun hanya 4 bulan banyak yang aku lalui sepanjang di sana.


Setelah 4 bulan aku kembali ke Malaysia dan tak sempat nak duduk sebulan di negara ini aku sekali lagi terpaksa mengikut ayahku ke United Kingdom pula untuk satu tugasan lagi di sebuah universiti di sana. Kami tinggal di Liverpool selama lebih kurang setahun dan aku sempat juga merasai pengalaman bersekolah di sana. Tahun itu aku ingat lagi, kejadian 11 September berlaku dan menggegar seluruh dunia.

Pada 2002 aku pulang ke Malaysia dan menyambung sesi persekolahan aku di darjah tiga sehinggalah darjah enam dan aku mengambil peperiksaan UPSR dan PSRA.

Sebelum sempat aku mengambil keputusan UPSR dan PSRA aku, aku mengikut sekali lagi ayahku ke United Kingdom. Masa itu ayahku belajar di Universiti Cambridge dan Universiti Oxford. Aku sempat tinggal setengah tahun di Arbury, Cambridge dan setengah tahun lagi di Langford Village, Oxford. Aku juga sempat sekali lagi merasai pengalaman bersekolah di sana.


Setelah setahun, aku pulang ke tanah air dan kekal di sini sehinggalah sekarang.

Selain dua negara kuasa dunia itu, aku juga pernah pergi ke Perancis, Belanda, German, Switzerland, dan Itali. Tetapi semua negara ini aku pergi hanya untuk melancong namun banyak pengalaman menarik dan berguna yang aku dapat

Aku cuma berharap aku dapat kongsi dengan semua, sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku di luar negara dalam blog aku ini. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Insya-Allah

Wednesday, January 5, 2011

Suami Isteri Selamanya...

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah cakap berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

*Harap kita semua tak jadi camni dengan pasangan masing-masing.