Pages

Friday, January 7, 2011

Macam Mana Aku Jumpa Harry Potter

Masa itu aku baru lepas UPSR dan PSRA, aku ikut ayak aku ke UK sebab dia nak sambung belajar.

Lebih kurang tiga minggu setelah aku sampai di Cambridge, UK. Kami sekeluarga berjaya mendapatkan sebuah rumah yang sesuai untuk kami. Di UK, bukan senang nak cari rumah bagi yang berahli keluarga ramai.

Kami masa tu ada 7 orang. Jadi terpaksalah mencari rumah yang ada tiga bilik sebab memang undang-undang kat sana macam tu. Menjamin keselesaan keluarga.

Alhamdulillah, rumah itu agak besar dengan halaman luar yang luas di belakang rumah. Biasalah rumah kat sana, semuanya ada laman. Rumah besar, halaman besar, sewa pun besar. Besar giler! Bayangkan £850 (lapan ratus lima puluh POUND) sebulan, darabkan 7 dapatlah nilai duit Malaysia. Lebih kurang RM 5950 duit Malaysia, fuh giler! Tu baru untuk sebulan tapi nak buat macam mana, terpaksalah.

Jadi takpe, rumah pun selesa dan agak best rumah kami masa tuh sebab dekat dengan kedai-kedai jadi senanglah nak mendapatkan keperluan asas. Dan dekat dengan kedai-kedai itu pulak ada sebuah perpustakaan. Hanya lima blok daripada rumah.

ni gambar betul perpustakaan tu. Arbury Library

Kecik je perpustakaan tuh tapi jadilah. Kat UK hampir setiap kawasan perumahan ada perpustakaan. Menggalakkan rakyatnya membaca. Baguslah.

Nak jadi ahli perpustakaan dan nak pinjam buku senang je. Hanya bayar yuran pendaftaran sebanyak £2 bersamaan dengan RM14 seorang dan kita boleh meminjam 14 buku dalam jangka masa 2 minggu. Selain buku ada juga CD, DVD untuk dipinjam dan perpustakaan tu juga bertindak sebagai CC, ada komputer yang khas untuk urusan-urusan berfaedah sahaja! Tambahan pula kita akan diberi sebuah beg percuma untuk menyimpan buku yang kita pinjam. Berbaloi-baloi! Macam tulah usaha kerajaan UK ni nak jadikan rakyat dia ulat buku.

Di sinilah aku berjumpa dengan tidak lain dan tidak bukan, Harry Potter. Bertuahnya aku!

Aku ingat lagi hari itu. Masa tuh dah tiga minggu kami menetap kat sana dan kali pertama aku dan adik-adik aku pergi nak pinjam buku. Masa tuh dok pilih 14 buku nak pinjam dan masa tulah aku terjumpa Harry Potter.

Sebenarnya aku ni jarang baca novel apatah lagi novel Inggeris yang tebal-tebal. Kat Malaysia adalah baca novel pasal penyiasatan sikit. Tu je yang aku suka di samping kisah-kisah nabi.

Tapi semuanya sebab mak aku, dia yang cadangkan aku cuba baca novel Harry Potter. Aku masa tuh lansung tak minat, kenal Harry Potter pun tak. Entah siapa dia ni, apasallah ramai giler suka. Jadi aku pun ikutlah saranan mak aku, aku ambil siri pertama, Harry Potter and the Philosopher's Stone. Lepas tuh terus gi cari lagi 13 buku nak pinjam.


Pulang je kat rumah aku terus membelek buku-buku yang aku pinjam. Belek sekali lalu jelah dulu, esok-esok baru start baca. Buku last sekali yang aku belek buku Harry Potter tuh. Aku tengok dalam dia lansung takde gambar, bosan! Walaupun begitu aku cuba baca sikit intro. Eh, macam best pulak, bacalah satu muka surat....eh, seronoknya, bacalah 2, 3, 4 dan last sekali aku habis chapter pertama.

Seronok gak rupanya buku nih. Malam tu je aku habis baca lima chapter dan rasa tak sabar pulak nak habiskan semuanya. Dalam masa tiga hari aku habis, dan kemudian setelah habis buku-buku lain aku baca, seminggu lepas tuh aku pergi lagi perpustakaan dan pinjam Harry Potter and the Chamber of Secret dan the Prisoner of Azkaban. Sejak hari itulah aku menjadi peminat fanatik Harry Potter.

*Pengembaraan hidupku tidak mengikut urutan dari aku kecil ke besar. Aku hanya menulis secara rawak berdasarkan apa yang aku nak cerita.

0 comments:

Post a Comment