Pages

Tuesday, January 4, 2011

Penderhaka Sultan

BN tuduh PR derhaka kepada Sultan.

PR pun tuduh BN derhaka kepada Sultan.

Jadi siapa sebenarnya yang menderhaka? Di sini aku nak merujuk kepada isu terbaru yang sedang panas iaitu pelantikan SUK Kerajaan Selangor yang baru.


Pakatan Rakyat- Menurut Menteri Besar Selangor, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.


Barisan Nasional- Menurut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Selain itu:

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

Jadi siapa penderhaka sebenarnya??

0 comments:

Post a Comment