Pages

Wednesday, January 5, 2011

Anak vs Bapak


Omar Osama Laden-Osama Laden

Osama bin Laden, ketua Al-Qaeda boleh dikatakan antara orang paling popular di muka bumi ini atas tuduhan pengganas dan terorisme.

Sementara itu, anak keempatnya, Omar Osama tidak kurang popularnya. Kini menetap di UK beliau mengatakan bahawa dia memilih untuk menentang sikap 'ganas' ayahnya itu dan mengaku dirinya sebagai pencinta keamanan. Menyatakan bahawa ayahnya tersilap jalan, dia juga mengaku bahawa dia masih menyayangi ayahnya itu.

Semasa remaja, Omar juga tidak ketinggalan dalam aktiviti Al-Qaeda. Semasa remaja, diajar menggunakan raifal Kalashnikov dan memandu kereta kebal Rusia dia juga pernah menemani bapanya membuka sebuah kem 'pengganas' di Afghanistan pada tahun 1996. Selain itu dia juga merupakan pembuat teh peribadi bapanya semasa di sana.

Kemudian pada April 2001, dia melarikan diri keluar daripada Afghanistan iaitu beberapa bulan sebelum bapanya menjadi antara orang paling dikehendaki di dunia. Sejak itu dia memilih untuk berbeza pendapat dengan ayahnya, Osama Laden.


Hassan Yusuf-Mosab Hassan Yusuf

Siapa sangka, Hasan Yusuf, antara pengasas HAMAS mempunyai seorang anak yang bekerja sebagai agen perisik Israel!

Mosab Hasan Yusuf, anak kepada tokoh HAMAS ini dikatakan telah murtad beberapa tahun yang lalu. Kisah paling tadahnya bermula setelah dia dibebaskan daripada penjara Israel.

Merupakan pelajar syariah di sekolah menengah, seorang yang kuat agamanya sehingga menjadi ketua masyarakat Islam di sekolahnya, dia kemudian ditangkap oleh Israel semasa berusia 18 tahun. Semasa di penjara itulah ada yang menyatakan bahawa dia diberi pelbagai makanan dan minuman yang merosakkan iman. Wallahu a'lam.

Setelah dibebaskan, dia terus bekerja sebagai agen Israel dan kemudian dilaporkan murtad menjadi seorang penganut Kristian.

Namanya sekarang Mosab Joseph dan kini dia aktif menghentam kumpulan bapanya sendiri, HAMAS dan sibuk mempertahankan Israel. Apa nak jadi...

Kadang-kadang istilah bapak borek anak rintik tidak boleh diguna pakai.

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment