Pages

Thursday, March 24, 2011

SPM Aku...

Semalam result SPM aku keluar, setelah berbulan-bulan menunggu. Sememangnya aku tidak suka menunggu lama-lama, menambah suspens sahaja. Setibanya aku di sekolah, setelah hampir dua jam setengah berada di dalam kereta, aku terus menuju ke dewan sekolah aku itu.

Terkejut aku melihat suasana yang berlaku pada masa itu. Ustaz aku sedang mengumumkan nama-nama calon yang mendapat 'straight A' satu persatu. Pelik! Adakah tahun ni gempak giler keputusan SPM, semua dapat 'straight A ke sampai nak buat acara naik-naik pentas ni? Betul ke ni? Macam-macam andaian yang positif timbul dalam fikiranku.

Mana tidaknya, biasanya masa ambil keputusan mana ada semua ini. Yang ada sebelum-sebelum ini guru disiplin akan tunggu di depan dewan, bersedia nak 'check' kekemasan calon yang datang mengambil result dan jika lulus ujian kekemasan barulah boleh masuk ke dalam dewan di mana kelas masing-masing ada kaunternya sendiri. Selepas itu, barulah ambil keputusan masing-masing, tak kiralah bagus ke kurang bagus ke atau lansung tak bagus ke... Tapi tahun ini pelik sikit.

Adakah doa kami agar semua calon SPM 2010 memperoleh 'straight A' termakbul? Perasaan masa itu terus berdebar-debar tatkala ustaz di atas pentas sedang memanggil seorang demi seorang calon yang dapat 'straight A'. Kebetulan masa itu pula, nama-nama calon yang disebut adalah dari kelas aku. Bertambahlah debaran yang aku rasa.

Tiba-tiba ustaz kata, "sekarang kita beralih pula ke kelas H". Aduh, mana nama aku ni? Jadi aku pun mempositifkan diri. "Mungkin keputusan aku cikgu terlepas pandang kot atau mungkin aku dapat 'result the best' kot, simpan untuk umum last-last', getus hati aku.

Akhirnya, setelah 31 nama calon disebut, ustaz pon kata lebih kurang macam ni, "jadi ustaz harap yang tak dapat 'straight A janganlah sedih, ramai yang dapat 10 A 1 B tapi tak ada rezeki, jadi jangan sedih ya." Lepas itu cikgu seorang lagi buat pengumuman, "siapa yang tak dapat slip lagi bolehlah pergi ke kaunter kelas masing-masing."

Sedih tapi aku reda. Diikutkan hati memang aku, kalau boleh nak jadi antara yang dapat naik pentas tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Jadi aku pun pergilah ambil slip, dan Alhamdulillah tak ada lah teruk mana. Satu subjek sahaja 'kantoi', itu pun B+, sikit lagi!

Terkandung di sebalik keputusan aku 1001 hikmahnya, aku rasa. Mungkin Allah nak mentakdirkan aku buat semakan semula supaya aku akan terus berdoa kepada-Nya terus menerus agar Allah mempermudahkan urusan semakan aku. Sesungguhnya Allah suka akan hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya. Dan mungkin Allah tak nak aku rasa riak, dapat naik pentas dan mendapat pujian lebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tahu isi hati setiap hamba-Nya.

Aku tak kata yang dapat naik pentas itu semuanya ada perasaan riak. Tapi kita tahu perasaan kita masing-masing.

Apa-apa pun Alhamdulillah.

Pagi sebelum aku ambil keputusan aku ada baca ma'thurat dan terbaca satu terjemahan salah satu rangkap dalam ma'thurat itu yang bermaksud:

"Ya Allah, nikmat apa pun yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur."

Maka Alhamdulillah sekali lagi, Allah bagi nikmat pada aku dan kawan-kawan aku, semua mikmat itu adalah daripada-Nya.

Seorang kawan aku, duduk satu baris dalam kelas, dia dapat 11A+. Pelajar terbaik SPM sekolah aku. Umur setahun kurang daripada kami semua tapi keputusan, Masya-Allah.

Bila aku fikir balik, sebenarnya memang patut pun dia dapat keputusan itu. Dia memang layak. Kalau nak dibandingkan dengan aku, keputusan dia lebih 5A+ daripada aku dan sememangnya usaha dia, belajar siang malam, buat latihan, bertanya soalan, baca buku, dan buat nota semuanya 5 kali ganda daripada aku atau mungkin lebih.

Memang patut pun dan itulah adilnya Allah. Jadi salah aku juga. Aku berdoa siang malam kepada Allah agar dikurniakan keputusan 11A+ tetapi kalau tengok usaha aku, memang kurang. Malah keputusan yang aku dapat pun aku rasa aku tak layak dapat tapi Allah bagi juga keputusan baik macam itu. Alhamdulillah

Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rum yang bermaksud: "dan apabila Allah beri rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira, dan apabila mereka ditimpa musibah disebabkan KESALAHAN mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa."

Sungguh cantik maksud ayat ini. Maka janganlah kita berputus asa dengan keputusan yang kita dapat tetapi sebaliknya menjadi motivasi agar kita lebih berusaha di masa hadapan. Banyak lagi ujian yang kita akan hadapi selepas SPM ini, SPM bukanlah penghujung segala-galanya.

Kita lihat sendiri, aku ambil contoh diri aku sendiri, semalam bukan main lagi orang tanya keputusan aku, bila aku jawab mereka pun ucap tahniah semua. Tetapi hari ini, mana ada dah. Hari ini masing-masing mula risau balik, nak mohon biasiswa, nak pilih 'course', nak cari IPT, dan macam-macam lagi. Itu pun walaupun keputusan kita hebat mana sekali pun masih tak menjamin kita akan dapat tawaran yang bagus. Maka oleh itu, kepada Allah jua tempat kembali.

Siapa kata selepas keputusan keluar dah tak perlu doa, tak perlu dah solat hajat?? Bagi aku yang bakal billionnaire ni (insya-Allah), keputusan aku semalam seperti baru berjaya dapat RM10. Ada lagi RM999 999 990 lagi untuk dikumpul.

Jadi yang rasa keputusan dia tak seberapa itu, janganlah sedih. Lihatlah mereka yang dapat keputusan yang lebih cemerlang daripada kita seterusnya kuatkan azam dan lihatlah mereka yang dapat keputusan yang teruk sikit daripada kita seterusnya bersyukurlah.

Monday, March 21, 2011

Revolusi Timur Tengah Berkat Facebook

"FACEBOOK ciptaan Yahudi, BOIKOT! Jangan pakai, HARAM!"

Itulah antara kata-kata kenalan-kenalan aku semasa berita mengenai pencipta FACEBOOK, Mark Zuckerberg seorang Yahudi tersebar dengan meluas satu masa dahulu.

Maka aku pada masa itu yang masih tidak mempunyai akaun FACEBOOK dan masih tidak pernah merasai keseronokan dan nikmat FACEBOOK turut bersikap anti-FB. Kebetulan juga pada masa itu, MILLATFACEBOOK baru dicipta, maka aku pun tidak mahu ketinggalan dalam dunia siber membuka akaun MILLATFACEBOOK, sebuah laman sosial 'parody' FACEBOOK tetapi dicipta oleh sekumpulan pakar IT Pakistan kerana marah dengan "Kempen Melukis Muka Nabi" di FACEBOOK.

Tetapi agak bosan maklumlah tak ramai orang dan seorang budak sekolah aku pun tak ada. Maka kesunyianlah aku dekat MILLATFACEBOOK. Keseorangan..Sepi..Takde orang komen..

Akhirnya, pada satu hari ditakdirkan Allah aku terjumpa satu artikel oleh Ustaz Zaharuddin. Katanya adalah HARUS menggunakannya dengan huraian yang panjang lebar. BACA SINI.

Maka aku pun apa lagi, terus serta-merta membuka akaun FACEBOOK dan sehingga sekarang merupakan pengguna aktif laman ini.

Baru-baru ini aku dengar pula satu ceramah oleh seorang ustaz di kolej aku yang mengatakan sesungguhnya seorang ulama besar hadis dahulu pernah menyimpulkan hadis-hadis yang dia hafal berjumlah 700,000 hadis kepada dua kesimpulan sahaja:

  1. Sesungguhnya Islam datang dengan tujuan MENARIK semua kebaikan kepada manusia.
  2. Dan Islam datang dengan tujuan untuk MENOLAK segala keburukan daripada manusia.
Maksudnya selagi sesuatu perkara di dunia ini, ia memberi kebaikan kepada kita, manusia, maka gunalah ia. Tidak kiralah ia dicipta Yahudi, Kristian, Atheist atau selainnya.

Jadi semakin yakinlah aku dengan hukum menggunakan FACEBOOK ini.

Berbalik kepada tajuk 'post' aku, Revolusi Timur Tengah Berkat FACEBOOK.

Kisah benar di sebalik tajuk 'post' aku nih:


Revolusi Mesir yang berlaku sehingga tergoleknya diktator, Hosni Mubarak berpunca daripada pembunuhan seorang pemuda, Khaled Said. Merupakan seorang penuntut IT di Amerika Syarikat, beliau ditangkap oleh dua orang polis Mesir di sebuah 'cybercafe' di Mesir. Sebabnya adalah Khaled menyimpan satu pita rakaman yang menunjukkan polis sedang 'berurusan' dengan penyeludup dadah.

Takutlah polis Mesir kalau pita ini didedahkan kepda umum, maka beliau pun ditangkap. Khaled yang tidak puas hati dengan tangkapannya cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman dua polis tadi. Setelah itu apa lagi..dibantainya Khaled di situ juga sehingga mati bahkan dah mati pun terus dipukul dalam keadaan tangan beliau digari di belakang. Kepalanya dihentak di merata tempat sambil disaksikan oleh orang ramai. Akhirnya beliau disahkan meninggal di tempat kejadian.

gambarnya sebelum dan selepas dipukul polis

Pihak polis yang menyedari ketelanjuran mereka akhirnya mengeluarkan satu 'statement' penuh dusta. Mereka mendakwa Khaled mati disebabkan menelan ganja berlebihan dan beliau ditahan kerana disyaki memiliki senjata api. Siap dengan pengesahan dari Unit Forensik dan hospital lagi untuk mengesahkan sebab kematian beliau yang didakwa menelan ganja itu.

Biasalah kerajaan..kuasa di tangan mereka, semua boleh dibuat.

Namun berita sebenar tetap tersebar kerana peristiwa tadi turut disaksikan oleh orang awam. Merekalah yang telah menyebarkan berita sebenar dan turut mendedahkan gambar Khaled setelah dibelasah teruk.

Berita ini turut sampai kepada Wael Ghonim, pemuda berumur 30 tahun, anak kelahiran Mesir. Merupakan seorang Eksekutif Pemasaran Google Kawasan Timur Tengah dan tinggal di Dubai. Beliau marah dan geram dengan berita yang didengarnya itu lalu membuka satu akaun FACEBOOK dengan nama profil 'My name is Khaled Said'.


Malangnya akaunnya ditutup oleh FACEBOOK tanpa sebab dan beliau membuka akaun baru dengan nama profil 'We are all Khaled Said'. Akaun ini kekal aktif hinggala kini dan akaun inilah yang telah mengumpul kekuatan pemuda Mesir untuk mengadakan revolusi.

Laman 'We are all Khaled Said' ini memaparkan gambar-gambar tragis Khaled Said dan berjaya mengumpul ratusan ribu ahli. Akhirnya beliau meminta cuti daripada Google untuk pulang ke Mesir atas alasan masalah peribadi.

Detik permulaan rancangan revolusi di Mesir bermula apabila revolusi Tunisia dicetuskan oleh seorang pemuda, Muhammad Bouazizi. Maka Wael Ghonim pun mengajak seluruh rakyat Mesir keluar berdemonstrasi pada 25 Januari 2011 melalui laman FACEBOOKnya. Maka pada tarikh tersebut keluarlah beramai-ramai rakyat Mesir di jalanan mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Muhammad Bouazizi

Pada 27 Januari 2011 pula beliau dilaporkan hilang dan didapati telah ditahan polis Mesir. Namun setelah 11 hari ditahan, beliau dibebaskan atas desakan parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Pada hari yang sama, beliau dipanggil oleh sebuah stesen televisyen, Dream TV dan dalam rancangan televisyen tersebut, beliau memuji para demonstran dan menyebut nama-nama mereka yang gugur syahid dalam demonstrasi yang berlaku sambil menunjukkan gambar-gambar mereka.

Kemudian beliau bangun sambil diekori oleh kamera, beliau mengatakan yang pujian haruslah diberikan kepada para demostran dan menggelarkan rejim Mubarak sebagai sampah. Mengaku taat setia kepada Mesir dan dalam siaran lansung itu beliau berkata yang beliau tidak akan kembali ke Amerika Syarikat, tanah air isterinya tetapi sanggup mati di Mesir mengembalikan hak rakyat Mesir.

Akhirnya, mengambil peluang dirinya bersiaran lansung di depan TV beliau berkata, "saya ingin meminta maaf kepada ibubapa yang telah kehilangan anak dalam protes ini tetapi demi Tuhan, semuanya bukan salah kami tetapi salah mereka yang tidak mahu melepaskan kuasa."


Kemudian beliau kembali menyertai para demonstran di jalanan dan pada 9 Februari beliau berucap di hadapan para demonstran dengan berkata, "ini bukanlah masa untuk individu, parti-parti mahu pun gerakan-gerakan tetapi inilah masanya untuk kita semua berhimpun dalam satu nada dan suara yang sama: demi Mesir segalanya."

Dan pada 12 Februari 2011 Hosni Mubarak meletakkan jawatan bersamaan dengan tarikh syahidnya Imam Hassan Al-Banna, 12 Februari 1949. Adakah ini kebetulan?? Wallahu A'lam


Di Palestin pun sama, demonstrasi yang sedang berlaku sekarang, mendesak pimpinan Fatah dan Hamas bergabung turut digerakkan melalui FACEBOOK.

p/s: Eksekutif Google tu...PROFESIONAL ISLAM. Ni yang kita nak!! Patutlah ada ura-ura FACEBOOK nak tutup, Yahudi takut rupanya..

Sunday, March 20, 2011

Tutuplah Kemaluan Tuh!


Aurat dari segi bahasa bermaksud segala perkara yang membuatkan seseorang rasa malu atau aib atau senang kata aurat itu adalah benda yang memalukan@kemaluan.

Maka oleh itu kita diwajibkan tutup semua kemaluan kita. Nama pun kemaluan, malulah!

Perempuan ni auratnya bukan muka dan tapak tangan sahaja tetapi seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Hukum yang Allah tetapkan ini, yang kalau kita langgar dapat dosa masuk neraka ni bukannya kita tak tahu cuma buat-buat tak tahu. Bak kata ustaz aku, orang Melayu ni ada satu budaya yang cukup popular -Budaya Tak Apa.

Tak apalah langgar perintah Pencipta kita.

Tak apalah ingkar Tuhan yang nyawa kita dalam kekuasannya.

Tak apalah, hidup hanya sekali jadi kena enjoy!

Tak apalah lama lagi nak mati.

Tak apalah nanti dah sakit nak mati barulah taubat.

Tak apalah di kubur kena seksa sikit.

Tak apalah nanti masuk neraka kejap.

Tak apalah ini..tak apalah itu...semuanya tak apa. Itulah budaya kita.

Biasa kita tengok, mak dia solehah pakai tudung elok tutup semua tapi anaknya, ish3 bukan setakat tak pakai tudung, pakai skirt besar sikit je dari seluar dalam, baju pulak pakai baju adik dia yang 5 tahun.

Semuanya tak apa.

Tak apalah anak aku nanti masuk neraka, aku masuk syurga.

Tak apalah cucu aku kena seksa kat akhirat, bukannya aku.

Kadang-kadang mak bapak jenis tak ambil kesah tentang anak mereka dan kadang-kadang anak-anak tak ambil kesah teguran mak bapak mereka.

Lagi satu yang pelik, bila orang tengok marah.


Tak apalah orang nak tengok. Sapa suruh tunjuk.

Pakai baju jarang nampak dalam, kenapa orang usha marah? Tak apalah.

Pakai kain belah, orang perhati, kenapa malu-malu baru cover-cover nak tutup? Tak apalah.

Pakai t-shirt ketat terbonjol keluar kedua puncak bukit, orang nak pegang, kenapa tampar? Tak apalah.

Siapa suruh dedahkan. Siapa suruh tunjukkan. Siapa suruh tayangkan.

Tak apalah, biarlah orang nak buat apa pun. Nak pegang ke, nak usha ke, nak perhati ke, nak tengok ke. Tak apalah.

Salah siapa?

Manusia semua ada nafsu. Siapa suruh buat nafsu mereka naik?

Sebab itulah dalam Islam kena tutup. Tutup pulak bukan maksudnya pakai tudung labuh, baju muslimah tapi ketat! Masih tak patuh syariat tu. Baju kena longgar, tidak ketat, sendat, dan padat.

Panaslah!

Panas sikit je kat dunia, akhirat nanti matahari sejengkal je atas kepala. Neraka nanti api tu bukan lawan lagi tapi dah jadi 'kawan rapat kita'. Kita makan dalam dia, minum dalam dia, tidur dalam dia malah tinggal dalam dia.




Malulah, macam orang kampung, orang kuno, kolot!

Tak apalah, nanti orang kampung, kuno, kolot sahaja yang masuk syurga. Kita pula terkapai-kapai dalam neraka digelakkan oleh penghuni-penghuni syurga yang kita kutuk mereka kampung, kolot, dan kuno dulu semasa di dunia.

Nak ke macam tu? Tak apalah, anda jawablah sendiri.

p/s: Stokin ramai yang lupa pakai..

Saturday, March 19, 2011

Menunggu Superhero Islam Sebenar

Ketika post ini ditulis situasi di Libya semakin kritikal. Para tentera upahan Muammar Gaddafi dan kumpulan anti-kerajaan masih berbalas tembakan dan saling membaling bom. Kesudahannya tiada siapa yang tahu namun kita mendoakan agar Allah memberi kesejahteraan kepada umat Islam di sana. Insya-Allah

Sebelum ini siapa sangka Muammar Gaddafi akan bertindak begitu kejam, membunuh rakyatnya sendiri dengan mengupah tentera-tentera upahan negara lain. Muammar Gaddafi disanjungi rakyatnya sebelum ini kerana kelantangannya melawan kuasa dunia Amerika sehingga rumahnya pada tahun 1986 dahulu dibom oleh Amerika.

Namun, syukur dia terselamat dan hanya anak angkatnya yang meninggal pada masa itu. Setelah kejadian itulah Muammar Gaddafi semakin disanjung dan disegani rakyat Libya. Masa itu dialah wira mereka, dialah hero umat Islam kerana berani melawan Amerika.


Tetapi siapa sangka, di sebalik nama Islamnya itu, dia sebenarnya adalah boneka kepada Kerajaan Rusia yang sememangnya terkenal dengan fahaman komunis mereka. Maka hasilnya kita lihat pada hari ini bagaimana sikap sebenarnya terserlah sehingga tergamak menembak dan mengebom saudara se-Islamnya sendiri.

Itu di Libya. Kita imbas pula situasi di Turki. Siapakah hero umat Islam yang disanjung sebelum jatuhnya Empayar Islam Uthmaniyyah?


Kamal Ataturk, Bapa Sekularisme Turki. Sebelum dia menjadi presiden pertama Turki menggantikan khalifah sebelumnya, dialah hero umat Islam. Ulama-ulama dunia pada masa itu sehingga menggelarkan dia sebagai Khalid al-Walid kedua disebabkan kejayaannya menumpaskan angkatan tentera British yang ingin menakluk Turki.

Tetapi realiti sebenarnya, dia yang pada masa itu Jeneral Angkatan Tentera Turki telah membuat perjanjian dengan pihak British. Maka kekalahan British di tangannya hanyalah lakonan semata-mata. Hasilnya setelah itu barulah dia naik menjadi Presiden Turki dengan penasihat British di belakangnya. Maka berlakulah sekularisme di bekas pusat empayar Islam itu.

Sebenarnya banyak lagi pemimpin-pemimpin Islam yang dianggap sebagai hero umat Islam sebenarnya di belakang mereka itu adalah puak-puak Yahudi dan Kristian.

Kalau di Malaysia kita lihat Dr Mahathir sebagai hero umat Islam. Kelantangannya menghentam Zionis dan menyokong Palestin sangatlah mengagumkan umat Islam seluruh dunia. Sehinggakan semasa aku di UK dulu, orang-orang Islam di sana apabila tahu aku daripada Malaysia, mereka akan terus memuji Dr. Mahathir. "Mahathir Mohamad, great man," kata mereka.


Tetapi Dr Mahathir juga sebenarnya hanya ada kuasa menghentam sahaja, itu pun masih 'cover-cover' lagi. Kita lihat masa dia memerintah dulu, hubungannya dengan Amerika bagaimana, hubungannya dengan orang Yahudi bagaimana.. Sama sahaja dengan pemimpin lain dunia. Alasannya ialah kerana untuk menjaga dan meningkatkan ekonomi Malaysia.

Kita lihat sekarang, setelah pencen, semakin galak dia menghentam Yahudi dan Amerika dan barulah berani nak buat kempen 'menjadikan perang satu jenayah'. Itu pun kerana dia dah tak perlu bimbang ancaman mereka kerana sekarang dia dah tak pegang kuasa di Malaysia.

Jadi itulah realiti dunia pada zaman ini. Pemimpin-pemimpin negara Islam hakikatnya berada di bawah kongkongan kuasa Zionis dan Amerika. Seperti yang Dr Mahathir pernah kata, kalau kita tak baik dengan Amerika, negara kita akan menerima akibatnya. Sekatan ekonomi dan sebagainya akan dikenakan. Macam yang berlaku di Iran sekarang.

Ahmadinejad hero umat Islam?? Wallahu A'lam.

Kesimpulan yang aku buat, sesiapa yang nak jadi hero sebenar yang betul-betul nak tegakkan kebenaran pasti akan ditentang. Siapa yang nak menegakkan keadilan akan dihapuskan. Betapa susahnya nak jadi hero di dunia ini. Kita lihat seseorang pemimpin macam dia ni bagus, berani lawan musuh Islam tapi di sebalik semua itu ada konspirasi. Itulah realitinya.

Kan bagus kalau kita sendiri ada kuasa hebat macam superhero-superhero pujaan kanak-kanak tu. Ada kuasa, boleh hapuskan Zionis dan Amerika dengan sekali sinaran laser atau mungkin kame kame ha.


Atau mungkin kita boleh jadi MACAM SUPERMAN..SPIDERMAN..atau mungkin CICAKMAN. Senang sikit kita boleh hapuskan Zionis dan Amerika yang buat hal kat dunia ni. Tentu best.. Adeke orang macam tu??


Mustahillah kan..

Tak! Sesungguhnya superhero umat Islam dengan kuasa istimewa yang dianugerahkan Allah wujud cuma menuggu masa untuk memunculkan diri.

Kenal Al-Mahdi?? Ha, dialah superhero sebenar yang pasti akan muncul nanti. Tunggu sampai genap usianya 40 tahun maka dia akan memunculkan diri. Berbekalkan pedang Nabi, dia akan menentang kuasa-kuasa zalim dunia dan menyelamatkan umat Islam.

Ada yang mengatakan Al-Mahdi dah lahir cuma belum cukup umur 40 lagi. Tanda-tanda kedatangannya memang ada, dunia huru-hara. Itu salah satu tanda besar kedatangan superhero Islam ini.

Apa yang pasti dia sendiri tak tahu dirinya Al-Mahdi sehinggalah dia diberi pedang Nabi. Dan macam yang kita tahu namanya sama macam Rasulullah, Muhammad bin Abdullah.

Satu perkara menarik yang aku dengar, Imam Mahdi ialah orang Melayu. Ha, betulkah!!

Apa yang aku dengar, menurut beberapa ulama yang mengkaji tentang Imam Mahdi, namanya memang Muhammad tapi nama bapanya tidak semestinya Abdullah. Mungkin nama bapanya Ismail atau Omar atau sebagainya kerana jika namanya betul-betul Muhammad bin Abdullah sudah tentu dia akan terus ditangkap dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam.

Dan menurut beberapa ulama lagi, kenapa dia dikatakan orang Melayu kerana di dunia kalau kita teliti orang Melayulah yang paling banyak menggunakan nama MUHAMMAD berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia termasuklah bangsa Arab.

Dan satu lagi, Imam Mahdi ialah orang Melayu Kedah. Kenapa??

Ini kerana Sultan Kedah sekarang Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kalau dikaji salasilahnya sampai kepada Rasulullah. Kan Imam Mahdi adalah keturunan Nabi. Walaubagaimanapun ini semua andaian ulama tapi semuanya tidak mustahil. Wallahu A'lam.

Yang pasti Imam Mahdi akan muncul, dan masanya tidak lama. Kita melihat satu demi satu revolusi berlaku di Timur Tengah. Umat Islam menggulingkan pemimpin boneka musuh Islam dan Insya-Allah akan diganti dengan pemimpin-pemimpin Islam yang Islamnya tulen. Dan semuanya ini adalah tanda-tanda kebangkitan Islam semula setelah lebih 80 tahun ditindas. Kemuncaknya pula ialah kemunculan Imam Mahdi.

Tentera-tenteranya yang tidak rasmi sekarang ini begitu popular dan menjadi 'target' Zionis dan Amerika. Mereka antaranya ialah:

  • HAMAS


Bilangan sedikit tapi masih dapat menghalang Zionis daripada menawan Gaza.

  • Taliban

Sama juga, bilangan sikit tapi dapat mengalahkan Soviet Union. Menggemparkan satu dunia, khususnya Amerika.

Semua mereka yakin akan kemunculan Al-Mahdi dan sedang menunggu dengan penuh sabar saat kemunculannya.

ALLAHU AKBAR!