Pages

Thursday, March 24, 2011

SPM Aku...

Semalam result SPM aku keluar, setelah berbulan-bulan menunggu. Sememangnya aku tidak suka menunggu lama-lama, menambah suspens sahaja. Setibanya aku di sekolah, setelah hampir dua jam setengah berada di dalam kereta, aku terus menuju ke dewan sekolah aku itu.

Terkejut aku melihat suasana yang berlaku pada masa itu. Ustaz aku sedang mengumumkan nama-nama calon yang mendapat 'straight A' satu persatu. Pelik! Adakah tahun ni gempak giler keputusan SPM, semua dapat 'straight A ke sampai nak buat acara naik-naik pentas ni? Betul ke ni? Macam-macam andaian yang positif timbul dalam fikiranku.

Mana tidaknya, biasanya masa ambil keputusan mana ada semua ini. Yang ada sebelum-sebelum ini guru disiplin akan tunggu di depan dewan, bersedia nak 'check' kekemasan calon yang datang mengambil result dan jika lulus ujian kekemasan barulah boleh masuk ke dalam dewan di mana kelas masing-masing ada kaunternya sendiri. Selepas itu, barulah ambil keputusan masing-masing, tak kiralah bagus ke kurang bagus ke atau lansung tak bagus ke... Tapi tahun ini pelik sikit.

Adakah doa kami agar semua calon SPM 2010 memperoleh 'straight A' termakbul? Perasaan masa itu terus berdebar-debar tatkala ustaz di atas pentas sedang memanggil seorang demi seorang calon yang dapat 'straight A'. Kebetulan masa itu pula, nama-nama calon yang disebut adalah dari kelas aku. Bertambahlah debaran yang aku rasa.

Tiba-tiba ustaz kata, "sekarang kita beralih pula ke kelas H". Aduh, mana nama aku ni? Jadi aku pun mempositifkan diri. "Mungkin keputusan aku cikgu terlepas pandang kot atau mungkin aku dapat 'result the best' kot, simpan untuk umum last-last', getus hati aku.

Akhirnya, setelah 31 nama calon disebut, ustaz pon kata lebih kurang macam ni, "jadi ustaz harap yang tak dapat 'straight A janganlah sedih, ramai yang dapat 10 A 1 B tapi tak ada rezeki, jadi jangan sedih ya." Lepas itu cikgu seorang lagi buat pengumuman, "siapa yang tak dapat slip lagi bolehlah pergi ke kaunter kelas masing-masing."

Sedih tapi aku reda. Diikutkan hati memang aku, kalau boleh nak jadi antara yang dapat naik pentas tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Jadi aku pun pergilah ambil slip, dan Alhamdulillah tak ada lah teruk mana. Satu subjek sahaja 'kantoi', itu pun B+, sikit lagi!

Terkandung di sebalik keputusan aku 1001 hikmahnya, aku rasa. Mungkin Allah nak mentakdirkan aku buat semakan semula supaya aku akan terus berdoa kepada-Nya terus menerus agar Allah mempermudahkan urusan semakan aku. Sesungguhnya Allah suka akan hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya. Dan mungkin Allah tak nak aku rasa riak, dapat naik pentas dan mendapat pujian lebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tahu isi hati setiap hamba-Nya.

Aku tak kata yang dapat naik pentas itu semuanya ada perasaan riak. Tapi kita tahu perasaan kita masing-masing.

Apa-apa pun Alhamdulillah.

Pagi sebelum aku ambil keputusan aku ada baca ma'thurat dan terbaca satu terjemahan salah satu rangkap dalam ma'thurat itu yang bermaksud:

"Ya Allah, nikmat apa pun yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur."

Maka Alhamdulillah sekali lagi, Allah bagi nikmat pada aku dan kawan-kawan aku, semua mikmat itu adalah daripada-Nya.

Seorang kawan aku, duduk satu baris dalam kelas, dia dapat 11A+. Pelajar terbaik SPM sekolah aku. Umur setahun kurang daripada kami semua tapi keputusan, Masya-Allah.

Bila aku fikir balik, sebenarnya memang patut pun dia dapat keputusan itu. Dia memang layak. Kalau nak dibandingkan dengan aku, keputusan dia lebih 5A+ daripada aku dan sememangnya usaha dia, belajar siang malam, buat latihan, bertanya soalan, baca buku, dan buat nota semuanya 5 kali ganda daripada aku atau mungkin lebih.

Memang patut pun dan itulah adilnya Allah. Jadi salah aku juga. Aku berdoa siang malam kepada Allah agar dikurniakan keputusan 11A+ tetapi kalau tengok usaha aku, memang kurang. Malah keputusan yang aku dapat pun aku rasa aku tak layak dapat tapi Allah bagi juga keputusan baik macam itu. Alhamdulillah

Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rum yang bermaksud: "dan apabila Allah beri rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira, dan apabila mereka ditimpa musibah disebabkan KESALAHAN mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa."

Sungguh cantik maksud ayat ini. Maka janganlah kita berputus asa dengan keputusan yang kita dapat tetapi sebaliknya menjadi motivasi agar kita lebih berusaha di masa hadapan. Banyak lagi ujian yang kita akan hadapi selepas SPM ini, SPM bukanlah penghujung segala-galanya.

Kita lihat sendiri, aku ambil contoh diri aku sendiri, semalam bukan main lagi orang tanya keputusan aku, bila aku jawab mereka pun ucap tahniah semua. Tetapi hari ini, mana ada dah. Hari ini masing-masing mula risau balik, nak mohon biasiswa, nak pilih 'course', nak cari IPT, dan macam-macam lagi. Itu pun walaupun keputusan kita hebat mana sekali pun masih tak menjamin kita akan dapat tawaran yang bagus. Maka oleh itu, kepada Allah jua tempat kembali.

Siapa kata selepas keputusan keluar dah tak perlu doa, tak perlu dah solat hajat?? Bagi aku yang bakal billionnaire ni (insya-Allah), keputusan aku semalam seperti baru berjaya dapat RM10. Ada lagi RM999 999 990 lagi untuk dikumpul.

Jadi yang rasa keputusan dia tak seberapa itu, janganlah sedih. Lihatlah mereka yang dapat keputusan yang lebih cemerlang daripada kita seterusnya kuatkan azam dan lihatlah mereka yang dapat keputusan yang teruk sikit daripada kita seterusnya bersyukurlah.

3 comments:

Zalikha said...

Terima kasih!!! setuju sejuta kali!!

Luqman said...

terharu aq baca entri ko ni...congrats ye arham

AhmaD MuizZ said...

asal stiap kali ak bace blog ko ak rase best haa???
haha....

Post a Comment