Pages

Wednesday, March 16, 2011

Macam-macam Tsunami Jepun

Semalam semasa aku di masjid seorang jemaah membuat satu permintaan agar diadakan solat hajat untuk cucunya yang kini berada di Jepun.

Menurutnya situasi di sana semakin meruncing dan ada antara pelajar Malaysia di sana yang diminta untuk kembali ke tanah air. Masalahnya ialah bilangan tiket yang terhad disebabkan ramai yang berlumba-lumba nak balik.

Seperti yang kita tahu Jepun baru-baru ini digegarkan dengan gempa bumi yang dikatakan terkuat sejak 130 tahun yang lalu. Gempa bumi bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di Jepun cuma baru-baru ini, bukan setakat gempa bumi, tapi Jepun dikejutkan dengan bencana TSUNAMI.

Go to fullsize image

Memburukkan lagi keadaan, reaktor nuklear Fukushima dilaporkan mengalami kerosakan dan ini membuatkan rakyat Jepun yang merana dengan kejadian tsunami bagai sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka turut terdedah dengan bahaya radiasi nuklear yang dilaporkan mencapai tahap bahaya.

Japanese soldiers don gasmasks and protective gear. (Foto AP/Kyodo News)

Di sebalik semua itu aku melihat situasi di Malaysia tidak kurang hebatnya. Tidak berapa lama tsunami di Jepun mengejutkan dunia, DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan karikatur 'panas'.


Siap masuk berita CNN lagi.


Benda dah berlaku, nak buat macam mana.

Malu Malaysia di mata dunia dan aku sebagai rakyat Malaysia turut merasa bahang kemaluan itu. Nasib baik aku masih berada di Malaysia, kalau aku ada di UK, US macam mana??

Lagi satu yang mengecewakan:


Macam tak ada modal berita lain sahaja nak tunjuk. Kenapakah nasib si dia yang dijadikan berita di akhbar MELAYU ni??

Dah tak ada orang lain di Jepun yang selamat ke? Tak ada orang Islam yang selamat ke di Jepun? Cubalah buat berita lain, seorang tua umur lebih seratus tahun yang selamat ke..seorang ibu dan anak-anaknya yang cekal menghadapi tsunami ke... ini tak masih nak mengagungkan ratu maksiat ni.

Lupakah kita bahawa dia mungkin penyebab bencana ini berlaku??

Renunglah tsunami Acheh yang berlaku dahulu..


Macam mana penjelasan saintifik disimpulkan sekalipun, kita tak boleh lari daripada kenyataan bahawa semua ini datang daripada Yang Maha Kuasa. Kita lihat teknologi Jepun yang menjadi perbualan dunia pun tidak mampu menghalang tsunami yang melanda.

Maka apabila teknologi bukan penyelesaiannya maka masing-masing baru mula nak kembali kepada Tuhan. Baru nak mengakui kewujudan Tuhan. Baru nak sibuk berdoa kepada Tuhan.

Siap dengan kempen lagi.


Inilah manusia, sememangnya fitrah kita mengakui kewujudan Tuhan Yang Maha Kuasa tapi bila kita senang kita lupa pada-Nya.

Termasuklah kita di Malaysia yang hidup aman damai tanpa bencana yang melanda. Kita hidup terlalu selesa sehingga penderitaan orang lain dijadikan bahan ketawa.

Sedarlah 'Malaysian' kebahagiaan kita hanya sementara. Kita lihat di sekeliling kita maksiat berleluasa, minum arak menjadi budaya, seks bebas mainan biasa, serta perjudian dan riba amalan kita.

Adakah kita mahu tunggu sehingga tsunami melanda kita?? Tambah lagi dengan usaha KERAJAAN nak bina reaktor nuklear. Uish!

p/s: Makcik aku pun ada kat sana tapi setakat ini masih gagal dihubungi.




Selingan:



Aku malas nak komen. Cuba tengok komen-komen video ni kat youtube.

2 comments:

hilmi pazli said...

huhuhu...rindu environment jepun yng indah dan nyaman...x tau jdi pe skang nih...sian diorng...

shira said...

asal la ade orang kat malaysia wat karikatur cam tu...ade otak ke tak ne...huhu..
sumpah malu...

Post a Comment