Pages

Tuesday, March 15, 2011

Pendedahan Bekas Paderi IFS

Bulan lalu aku berkesempatan mengikuti satu ceramah khas oleh BEKAS PADERI IFS. IFS ialah singkatan bagi INTERNATIONAL FORGIVENESS OF SIN. Dalam bahasa Melayunya, Pengampun Dosa Antarabangsa. Kira gempaklah beliau ni.

Namanya tidak dapat didedahkan, demi keselamatan nyawanya. Merupakan seorang rakyat Malaysia berbangsa India dan dulunya menjadi paderi di sebuah gereja utama di Jerman dan antara paderi yang mempunyai hubungan terus dengan pemimpin atasan Kristian yang berpusat di Vatican City.


Cerita pengislamannya bermula apabila terdetik perasaan minat untuk mempelajari tentang agama Islam. Maka beliau menulis surat kepada paderi-paderi pusat di Vatican untuk menyatakan keinginannya. Pada mulanya mereka tidak memberi keizinan tetapi apabila beliau mengatakan yang jika beliau belajar tentang Islam maka lebih mudahlah untuk beliau memurtadkan orang Islam, keizinan pun diberikan.

Setelah itu, beliau telah dihantar ke sebuah pusat pengajian paderi di London untuk belajar tentang Islam di sana . Beliau tidak berpuas hati kerana Islam diajar oleh paderi Kristian sendiri. Syukur dalam masa yang sama, di London beliau bertemu dan berkenalan dengan beberapa 'brothers' Muslim yang banyak membantu beliau.

Mereka telah memberikan beliau sebuah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Kemudian mulalah beliau membaca terjemahan sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan beliau mula perasan wujudnya persamaan dan percanggahan antara Bible dengan Al-Quran.

Di dalam Al-Quran banyak nama-nama Nabi disebut, sama macam di dalam Bible cuma perkataannya sahaja yang berbeza. Misalnya di dalam Bible ada Joseph, dalam Quran disebut Yusuf. Dalam Bible ada Moses, dalam Quran disebut Musa, dalam Bible ada Adam, dalam Quran pun Adam. Dalam Bible ada Abraham, dalam Quran disebut Ibrahim dan banyak lagi.

Tetapi didapati terdapat percanggahan yang besar antara Al-Quran dan Bible. Di dalam Al-Quran semua Nabi diceritakan dengan cerita yang baik-baik tetapi di dalam Bible Nabi-Nabi diceritakan dengan cerita-cerita yang buruk.

Contohnya kisah Nabi Zakaria, di dalam Bible diceritakan yang Nabi Zakaria 'frust' dengan kematian isterinya lalu minum arak sampai mabuk. Malam itu juga dia berzina dengan anak perempuan pertamanya. Malam esoknya pula dia mabuk lagi dan berzina pula dengan anaknya yang kedua. Inikah akhlak seorang Nabi??

Astaghfirullah..

Jadi muncul pelbagai rasa pelik dalam benak fikiran bekas paderi tadi. Lagi satu perkara yang beliau pelik dengan Kristian ialah bagaimana di dalam Bible ditulis yang Tuhan tidak mampu untuk mengampuni dosa Adam yang telah makan buah yang diharamkan lalu menghalau Adam keluar daripada syurga dan turun ke Bumi. Maka setelah itu apabila Jesus disalib barulah Tuhan dapat mengampunkan semua dosa-dosa manusia termasuklah Adam.

Perkara ini lagilah pelik bagi seorang pengampun dosa antarabangsa seperti beliau. Tuhan pun dulu susah nak ampunkan dosa tapi sekarang paderi-paderi selamba sahaja diberi tanggungjawab mengampunkan dosa manusia. Adakah paderi-paderi lebih hebat daripada Tuhan??

Akhirnya timbul 1001 keraguan di dalam dirinya terhadap agama Kristian. Akhirnya beliau meminta izin kepada pemimpin paderi di Vatican untuk ke Timur Tengah bagi mendalami Islam dengan alasan ingin belajar dengan yang betul-betul pakar tentang agama Islam. Permohonannya diluluskan.

Setelah beberapa tahun mendalami agama Islam akhirnya beliau bertekad mahu menganut agama Islam. Maka ditulis lagi surat ke Vatican untuk menyatakan hasrat beliau. Kali ini hasratnya ditolak dan ditentang sama sekali.

Vatican dengan segera menghantar beliau ke pusat rehabilitasi khusus bagi golongan paderi di Switzerland selama tiga tahun. Di sana beliau dicuci dan dicuci tetapi dalam diam tekadnya masih tidak berubah. Jadi beliau mendapat satu akal untuk membebaskan diri iaitu berpura-pura setia dengan Kristian dan kembali menjadi paderi.

Bebaslah beliau dan selama beberapa bulan beliau memaksa diri menjalankan tugas sebagai paderi. Sehinggalah satu hari beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya, Sarawak, Malaysia dengan harapan tekadnya dapat direalisasikan dengan lebih mudah.

Ditulisnya surat lagi sekali tetapi dengan alasan mahu menyebarkan Kristian di tanah airnya dan permintaannya disokong sebulat suara. Akhirnya, Alhamdulillah beliau selamat kembali ke Malaysia.

Syukur juga beliau selamat mengucap dua kalimah syahadah dengan tenang dan aman di Sarawak. Tetapi apabila beliau pulang ke rumah untuk bertemu kedua ibu bapanya, beliau telah dihalau daripada rumah apabila diberitahu tentang keislaman beliau.

Pada masa itu, YDP Sarawak banyak membantu beliau. Antara pesanannya ialah supaya beliau terus menghantar duit kepada kedua ibubapanya walaupun mereka tidak menerima beliau. Macam mana sekalipun mereka tetap kedua ibubapa beliau.

Begitulah sedikit sebanyak cerita pengislaman beliau.

Satu lagi kisah beliau ialah setelah beberapa bulan, beliau kembali ke rumah kedua orang tuanya untuk menziarahi mereka. Masa itu tinggal ibunya sahaja di rumah dan beliau diberi izin masuk ke rumah. Pada masa itu, beliau membawa senaskhah Al-Quran tetapi beliau balut dengan kertas agar ibunya tidak marah. Jadi setelah bersembang-sembang mesra, beliau membacakan Surah Maryam kepada ibunya.

Ibunya kagum lalu bertanya, "Bible apa yang kau baca tu, sungguh indah isinya." Maka dibukalah balutan di Quran tadi. Maknya lalu berkata lagi ,"kau jangan tinggalkan agama yang kau anut itu, sesunggunhya agama yang kau anuti itu benar."

Selain itu beliau ada juga mendedahkan beberapa perkara. Antaranya:

  • Paderi-paderi gila duit. Sanggup melanggar ajaran Kristian yang melarang menyembah patung. Ada seorang paderi yang menyediakan tujuh patung Jesus di gerejanya siap dengan lubang untuk tabung derma di tengah patung itu. Apabila ada orang yang meminta diampunkan dosa, disuruhnya pergi meminta ampun dengan ketujuh-tujuh patung tersebut.

  • Seorang lagi paderi, ini berlaku di Bukit Mertajam pada hari memperingati moyang Jesus, St Anne. Pada hari ini penganut Kristian diminta untuk menulis surat minta ampun dan dihantar ke gereja St. Anne, Bukit Mertajam. Kebiasannya dalam surat-surat ini ada dua benda, surat dan duit. Maka paderi ini akan menyuruh pembantu-pembantunya membuka setiap surat untuk mengeluarkan duit di dalamnya. Setelah itu, surat-surat itu akan dibakar. Lansung tak tengok isi kandungan surat tersebut. Setelah beberapa bulan, paderi ini akan menukar kereta baru..

  • Di Eropah pada masa kini penganut-penganut Kristian makin jauh dengan gereja sehingga ada gereja-gereja di sana yang terpaksa ditutup. Senario ini lebih membimbangkan apabila gereja-gereja kosong ini dibeli oleh orang Islam dan ditukar menjadi surau atau masjid. Situasi ini mengundang kebimbangan dalam kalangan pemimpin-pemimpin Vatican lantas negara-negara Eropah yang terlibat diseru agar menguatkuasakan undang-undang melarang tanah-tanah gereja dibeli oleh orang Islam baru-baru ini.

  • Usaha dakwah Kristian dialih ke Asia Tenggara di mana di sini ajaran Kristian berkembang dengan subur. Seorang paderi Vatican pernah berkata bahawa tanah Kristian paling subur ialah di wilayah BORNEO! Cara dakwahnya ialah dengan menghantar kapal yang penuh dengan bible terjemahan, makanan, dan perempuan-perempuan Kristian ke negara-negara Asia Tenggara termasuklah MALAYSIA! Dilaporkan usaha ini masih berterusan hingga kini.

  • Kenapa perkara ini tidak diambil tindakan?? Didedahkan juga terdapat beberapa anggota Parlimen Malaysia di Sabah Sarawak yang menjaga kelancaran usaha dakwah Kristian ini. Selain itu dilaporkan juga, terdapat sebuah akademi Kristian di London yang khusus untuk ketua-ketua negara. Di sana pemimpin-pemimpin negara tidak dipaksa untuk murtad tapi disuruh berikrar agar tidak menghalang usaha Kristianisasi di negara masing-masing. MALAYSIA??
Itulah sedikit sebanyak pendedahan yang telah beliau dedahkan. Di samping itu beliau ada menasihati agar ibubapa menjaga anak masing-masing kerana situasi pada hari ini di Malaysia sangat membimbangkan. Sama-samalah kita renungkan.


Itulah kisah seorang paderi yang memeluk Islam dengan menelaah Al-Quran. Kita??





1 comments:

Fyezah Hasbullah said...

post nieh menarik .. aku suka .. :)

Post a Comment