Pages

Sunday, March 13, 2011

Pencuri yang Bodoh

Cerita ini diceritakan berlaku di sebuah istana seorang raja pada satu masa dahulu. Raja ini macam biasalah, seorang yang kaya. Memiliki harta melebihi orang yang bukannya raja. Sudah semestinya..


Sambung cerita.. Pada satu hari berlaku satu kes kecurian yang melibatkan kerugian mencecah 100 syiling emas. Maka pada masa itu si raja pun memanggil semua pembesar di istana tersebut ke sidang tergempar khas bagi membincangkan tentang kes kecurian itu.

Maka apabila semua pembesar telah berkumpul, bangunlah ketua pengawal istana untuk memberikan laporan tentang fakta kes.

"Your Highness, kecurian yang berlaku menurut sumber-sumber yang sahih dipercayai dilakukan oleh orang dalam." kata ketua pengawal tadi.

"Orang dalam?" tanya raja.

"Orang dalam istana, Your Highness," jawab ketua pengawal.

"Tahulah, saja nak test kamu." kata raja tersebut.

Jadi disambung cerita, raja pun meminta pendapat dan saranan daripada para pembesar bagi menangkap pencuri untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Bincang punya bincang, penasihat kepada raja pun bangun.

"Your Highness, izinkan saya melontarkan satu jalan penyelesaian. Saya mempunyai batang-batang kayu ajaib, batang-batang kayu ini dapat memberitahu kita siapa pencurinya. Saya akan bagi semua orang dalam istana ini sebatang kayu seorang dan esok, batang kayu siapa yang lebih panjang satu inci daripada batang kayu orang lain maka dia itulah pencurinya," kata penasihat raja itu yang memang terkenal akan ilmunya yang luar biasa.

"Kami setuju," kata para pembesar yang sememangnya tiada idea yang lebih bernas untuk menyelesaikan kes kecurian tersebut.

Maka diberi setiap orang di dalam istana sebatang kayu 'ajaib'.


Di rumah, pencuri yang mencuri harta raja tadi resah dan gelisah. Akhirnya dia mendapat idea.

"Apa susah, aku potong jelah kayu ni, nanti bila dia memanjang dia akan kembali ke saiz asalnya. Jadi takde orang akan tahu." Maka pencuri itu pun memotong kayu tadi seinci.

Keesokan harinya, diperiksa setiap batang kayu setiap orang di istana. Didapati ada sebatang kayu pendek seinci.


"Dia nilah pencurinya, Your Highness, sebenarnya kayu yang saya bagi itu tidak ada kuasa sama sekali. Maka dia nilah pencurinya, kerana takut kayunya memanjang, dia telah memotong kayunya kurang satu inci." kata penasihat raja dengan riang.

Akhirnya pencuri itu pun ditangkap. Dia terasa sangat bodoh dan menyesal, namun penyesalannya tidak dapat memanjangkan kembali batang kayunya yang kurang seinci itu.

0 comments:

Post a Comment