Pages

Saturday, February 12, 2011

Rakan-rakanku Atheist

Di United Kingdom dulu, masa aku habis UPSR, aku pernah menghabiskan masa bersekolah di sana selama satu tahun. Masa itu aku Year 7 atau di sini kita panggil Tingkatan Satu. Salah satu subjek yang aku belajar ialah Religious Education atau singkatannya RE.

Pada satu hari cikgu RE aku, seorang profesor yang aku tak ingat namanya, bertanya kepada kami tentang kepercayaan kami kepada Tuhan. Beliau tanya, siapa yang tak percaya Tuhan? Keputusannya, hampir satu kelas angkat tangan kecuali aku!

Aku sebenarnya tak percaya, aku ingatkan kawan-kawan sekelas aku ini Kristian. Jadi kemudian cikgu aku tanya, kenapa tak percaya Tuhan dan selepas itu berlakulah percambahan jawapan, pandangan, dan perbincangan antara kami semua.

Tidak percaya Tuhan atau bahasa susahnya, atheist merupakan satu perkara yang mungkin ganjil dan jarang diperkatakan di negara kita. Namun mutakhir ini, telah muncul golongan-golongan yang mengaku sebagai atheist di negara kita. Hal ini sangat membimbangkan, justeru kita haruslah berhati-hati agar tidak terjebak dalam kancah kehinaan ini.


Fahaman atheist terbahagi kepada beberapa jenis antaranya:

ATHEIST MATERIALISME

Fahaman atheist ini dipercayai sebagai fahaman atheist yang paling tua. Golongan fahaman ini percaya yang Tuhan tiada dengan hujah Tuhan itu tidak boleh dilihat, disentuh, dan dirasa. Mereka mengatakan yang hanya wujud di dunia ini ialah material atau objek yang sifatnya boleh dilihat, dirasa, dan disentuh dan menolak semua perkara yang tidak mempunyai sifat-sifat berikut. Oleh itu, mereka menolak kewujudan Tuhan di dunia ini.

Hujah yang menolak fahaman ini mudah sahaja iaitu, terdapat banyak lagi benda di dunia ini yang tidak dapat kita lihat, sentuh mahu pun rasa namun ramai yang mengakui kewujudannya termasuklah golongan yang di atas. Misalnya benda seperti idea dan buah fikiran yang tidak dapat dilihat, dirasa, dan disentuh, namun diakui kewujudannya oleh manusia. Maka kesimpulannya sesuatu itu tidak semestinya wujud walaupun tidak dapat dirasa, disentuh, dan dilihat.

ATHEIST PSIKOLOGI

Pengasas fahaman ini mengatakan yang Tuhan adalah perkara yang direka manusia semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka. Hujah mereka ialah, seorang manusia ketika dia kanak-kanak, misalnya tidak dapat mencapai sesuatu objek yang tinggi akan memanggil ayah mereka untuk tolong mengambilnya. Justeru masa itu ayahnya akan dianggap sebagai hebat dan memiliki 'power' dan ayahnya itulah 'Tuhan' bagi mereka. Selepas itu, apabila meningkat dewasa, tiada lagi ayah untuk menolong dan oleh itu orang dewasa mencipta Tuhan dengan tujuan sebagai penolong mereka di waktu mereka susah padahal Tuhan itu sebenarnya tidak wujud.

Hujah menolak fahaman ini pula ialah pertama tidak semua kanak-kanak pada masa ini tidak percaya akan Tuhan. Kedua, golongan ini mengatakan yang pada masa kecil, manusia menganggap ayah mereka sebagai Tuhan tetapi bagaimana pula dengan anak yatim dan anak yatim piatu? Maka tersangatlah pelik idea fahaman ini.

ATHEIST MARXISME

Diasaskan oleh Karl Marx, pengasas fahaman Komunis. Dia menggabungkan kedua-dua jenis fahaman atheist dia atas dan mengatakan bahawa percaya adanya Tuhan menyebabkan manusia tidak dapat membina syurga di dunia. Percaya kepada Tuhan menggagalkan manusia mencipta syurga di dunia. Maka dia menolak untuk mempercayai adanya Tuhan dan menyeru agar manusia mencipta syurga di dunia.

Fahaman ini membawa kepada terbinanya fahaman komunis dan akhirnya kita lihat fahaman komunis ini ternyata tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia pada hari ini. Malah Karl Marx juga telah tiada lagi, nyawanya dicabut oleh Tuhan Yang Maha Mematikan.

ATHEIST OPTIMISTISME

Menolak kewujudan Tuhan dengan mengatakan bahawa manusia pada zaman ini boleh hidup sendiri dengan bantuan sains dan teknologi. Dengan sains dan teknologi manusia kini boleh membuat apa sahaja misalnya, meramal bencana, mencipta jantung mekanikal, klon, dan sebagainya. Oleh itu mereka menganggap yang ilmu pengetahuan adalah Tuhan dan buku-buku ilmiah sebagai kitab-kitab suci.

Golongan ini lupa, memang manusia boleh meramal bencana namun adakah manusia boleh menghentikannya? Manusia boleh mencipta jantung mekanikal namun adakah dia sama dan sehebat jantung yang sebenar? Manusia boleh mengklonkan hidupan namun adakah klon itu serupa dengan yang asal? Dan adakah manusia dengan ilmu mampu mencegah diri mereka daripada MATI??

Maka kesimpulannya adalah satu, iaitu Tuhan itu Maha Wujud dan Maha Ada. Manusia tidak boleh menafikan kewujudannya walaupun sekeras mana sekalipun dia menolak kewujudan Tuhan. Renungkanlah kejadian alam ini, bagaimana Tuhan mencipta manusia dengan variasi organ yang bekerja dengan perintah-Nya untuk manusia terus hidup. Bagaimana pula Tuhan mencipta langit yang tiada tiang penyokongnya. Dan betapa hebatnya alam ciptaan-Nya yang tidak mungkin ditandingi oleh mana-mana manusia mahu pun makhluk lain kecuali semuanya adalah ciptaan Yang Maha Pencipta, Tuhan Sekelian Alam. Renung-renungkanlah...

3 comments:

Encik Harith Alhaj said...

interesting.. tapi kau besar kan lah font tuh.. nampak padat sangat tehee...

aku pelik.. kalau ada atheis kat msia nih.. bukan dah againts perlembagaan ngan rukun negara ke?

"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN" kan kan?

Zalikha said...

hmmm...org sekarang don't really give a damn towards the constitutions.sounds harsh but that's the reality.mungkin kite kena tunggu bom atom jatuh dulu...

sekarang ni semua benda perlukan scientific explanation...zaman millenium la katakan..haish

AhmaD MuizZ said...

harith: ak sokong terutama pasal font!!!!

zalikha: tapi mmg dah banyak scientific explaination ttg kbnaran Islam dan kewujudan Allah...cuma diorg ni mmg sngaja nk buat2 x sedar..konklusi yg ak rase ak bole buat...

Hidayah itu milik Allah...yang menerimanya akan bahagia dan yang tidak akan sesat....xde sape boleh tolong...Nauzubillah..

~islah nafsak wadh'u ghairak~

Post a Comment