Pages

Monday, February 7, 2011

Aku dan Rokok

Baru-baru ini aku telah berkesempatan pergi ke sebuah majlis kenduri kahwin kat sebuah kampung di Kedah. Biasa je, lebih kurang kenduri kahwin kat tempat-tempat lain cuma kali ini aku datang bukan sebagai tetamu tetapi sebagai 'bentara' (sekolah aku guna istilah ini untuk menggantikan istilah helpers). Jadi tugas aku pada hari itu ialah menolong apa-apa yang patut ditolong.

Aku sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi, masa tuh orang-orang kampung duk sibuk memasak juadah untuk jamuan kenduri nanti. Ada yang memotong daging, ada yang menanak nasi, ada yang menghiris sayur-sayuran, ada kumpulan zanji sedang berzanji, dan ada juga yang membuat air.

Sebaik sahaja aku sampai, aku dipelawa untuk bersarapan. Jadi aku pun ambillah sarapan yang disediakan, pulut, kelapa parut, dan ikan masin atau ikan kering.


Inilah dia makanan sarapan yang menjadi kebiasaan orang kampung di Kedah. Boleh tahanlah rasanya. Dah, selesai aku bersarapan, aku duduk lepak-lepak dulu sambil borak-borak ngan seorang ustaz yang baru aku kenal. Apa yang kami borakkan biarlah menjadi rahsia...

Lebih kurang pukul 11.15 pagi, aku pun sedar motif utama aku datang ke kenduri itu jadi aku pun mula mencari kerja untuk ditolong. Alhamdulillah, ada seorang 'brother' ni ajak aku tolong dia angkat bekas-bekas sayur yang siap dipotong ke tempat memasak dan juga mengangkat ulam-ulaman ke atas meja. Jadi aku yang gemar menolong ni pun tolonglah dengan hati yang ikhlas.

Setelah selesai, aku menuju ke kaunter tempat bancuh ayaq (air dalam loghat utara). Ada seorang 'brother' lagi yang sedang sibuk duk buat sirap bandung. Aku pun order satu.. dalam masa yang sangat sekejap, air sirap bandung aku siap. Fuh..sedap.

Tiba-tiba, ha...kisah aku dan rokok pun bermula. Abang buat air tadi dengan murah hatinya 'offer' aku sebatang rokok . "Wei hang hisap rokok dak? Mai ambik sebatang. Kalau nak mintak ja."


Baik sungguh hati abang tuh. Sanggup nak bagi aku sebatang rokok yang aku tahu bukan murah harganya. Aku tanpa berfikir dua kali, apalagi..TOLAKLAH.

Takpe selamat, 'round one' usaha diorang nak dekatkan aku dengan rokok. Lepas tu aku pun pergilah ke tempat basuh pinggan dan Alhamdulillah ada kekosongan di situ. Jadi aku pun tolonglah membasuh pinggan-pinggan yang sudah digunakan. Bukan susah pun basuh pinggan ni, senang je..

Dok leka-leka basuh pinggan, tiba-tiba.. datang seorang pakcik ni. Dia tanya, "rokok dapat dak lagi?". Aku pun jawablah, "tak". Pastu dia PUN MENJERIT, "wei, rokok untuk budak-budak basuh pinggan ni mana? Kesian lepa ni tak dapat rokok!!". Gila betul, takde benda lain ke nak bagi. Jadi datanglah sekotak rokok kat kami, kotak rokok tu pun dibahagi-bahagi antara pencuci-pencuci pinggan yang masa itu seramai 8 orang. Alhamdulillah, syukur masa tu member-member aku ada 4 orang dan semuanya tak hisap rokok. Jadi takdelah tempat basuh pinggan itu penuh dengan kepulan asap rokok sangat.

Jadi itu 'round two'. Pastu selang beberapa ketika, datang lagi seorang pakcik ni, kali ni dia tak bagi sekotak kecil tapi , terus bagi satu kotak besar rokok yang dalamnya ada satu dozen kotak-kotak kecil tuh. Pergh..gila, sekali lagi, takde benda lain ke nak bagi. Kalau tukar rokok dengan duit tu mau banyak aku dapat hari tu.

Aku pun terus tolak dan menolak pelawaan mereka. Masa tuh barulah aku perasan yang orang kampung ni memang kuat merokok. Kalau tak rokok yang biasa tu diorang hisap rokok daun dan sebaliknya.

Aku ni seorang yang 'anti' dengan rokok. Walaupun dari sekolah rendah dulu, aku berkawan dengan member-member yang hisap rokok, naik sekolah menengah pun ramai member yang hisap rokok, sehinggalah sekarang, di kolej, ramai yang hisap rokok, tapi aku bersyukur kerana tak pernah sekali pun aku rasa terdetik di dalam hati nak mencuba.

Aku sebenarnya tak faham apa yang bestnya merokok ni. Dahlah membazir, bayangkan satu kotak harga lebih kurang RM10, katakanlah boleh tahan 2 hari, setiap 2 hari dia habis RM10. Dalam sebulan dia dah habis RM150 untuk rokok. Kalau 10 bulan, RM1500 dan kalau 10 tahun...banyak tuh. Bayangkan kalau duit itu semua disimpan dan dilaburkan untuk benda-benda yang berfaedah, tak ke banyak benda boleh dibuat.

Haish, pastu duk mengeluh tak cukup duitlah, habis duitlah, padahal duk habis duit beli rokok, dia tak sedar. Tahu tak kita duit untung rokok ni disalurkan ke mana... ha, buat-buat tak tahu pulak!

Tulah, aku pernah terdengar beberapa kumpulan orang tua sedang menghasut kawannya yang
baru berhenti merokok, dia kata "hang tengok, orang yang tak merokok tu, ramai yang mati sebelum
kita, jadi nak takut apa?" Kawan...kawan...kawan, faktor utama orang merokok. Kawan ajak sekali,
terus tanpa berfikir panjang kita pun ikut. Habis tu bila dah hisap, mulalah ketagih, kemudian nak
berhenti susah.

Jadi bagi yang tak merokok ni, berhati-hatilah. Ingat, dengan SEKALI sedut sahaja, boleh merosakkan
seluruh kehidupan kita.






0 comments:

Post a Comment