Pages

Tuesday, December 28, 2010

Cerita Seorang Peniaga Ikan Bakar

Ada seorang peniaga ikan bakar kat tempat aku.

Masa mula-mula berniaga dia pakai sebuah van dan berniaga di tepi jalan.


Kemudian setelah dua tahun dia ada dua buah van, masih di tempat yang sama.



Dan selang setahun perniagaan dia semakin maju. Dia berjaya membeli sebuah lot rumah kedai untuk dijadikan restoran ikan bakar.

nilah kedai dia, Ikan Bakar Fend

Dan sekarang dia dah menjadi tauke ikan bakar. Dia dah tak perlu susah-susah bakar ikan kerana kini dia dah mempunyai ramai pekerja.

Dan dia juga sekarang telah mampu memiliki kereta mewah yang aku percaya bukannya satu.

Dan mungkin juga sebuah rumah yang besar walaupun aku tidak pernah melihatnya.



Semua perubahan tersebut aku lihat dalam tempoh tidak sampai 10 TAHUN!

Dan itu membuatkan aku percaya bahawa manusia boleh berjaya jika dia mempunyai KEINGINAN untuk terus berjaya dan berjaya dalam hidup.

0 comments:

Post a Comment